Buletin

MG ZT PIKAP DENGAN ENJIN JET – DEFINISI BARU MODIFIKASI GILA

Sesiapa sahaja yang mendakwa berjaya memasang enjin jet yang berfungsi sepenuhnya pada kereta mereka memang wajar diberikan pujian atas kegilaan mereka. Dalam kes ini ianya sebuah model MG ZT sedan yang kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah trak pikap. Pada masa yang sama juga memang otak pemiliknya mesti diperiksa oleh pakar. Manalah tahu ada wayar tercabut kat mana-mana kan?

Ini memang antara modifikasi pelik kerana pada asalnya ia merupakan sebuah MG ZT 2.6-liter V6 sedan dan masih mengekalkan enjin asal untuk bergerak.

Bumbungnya bagaimanapun telah dipotong dan digantikan dengan bed liner ala pikap disebelah belakang lengkap dengan steel plating untuk mengukuhkan struktur asal yang sudah dipotong.

Dek belakang baru itu bagaimanapun bukannya untuk membawa barangan ataupun ikan basah untuk jualan tetapi sebuah enjin jet yang mampu berfungsi sepenuhnya.

Menariknya menurut pemilik MG ini, kereta ia ini masih sah digunakan di atas jalan dengan syarat enjin jet Rolls-Royce tersebut tidak dihidupkan ketika bergerak. Ia mampu membuat putaran 35,000 RPM lengkap dengan pam dan tangki bahan api berasingan. Dihidupkan dengan menggunakan disel ataupun kerosin, ia merupakan jaminan yang tiada seorang pun pemandu yang berani ‘mencucuk’ anda di atas jalan. Kancil turbo? Wira VR4? Type R? Pergi main jauh-jauh kalau tak nak rentung di dunia yang fana ini.

BACA: SAKSIKAN BUDAYA MODIFIKASI JEPUN YANG EKSTRIM DAN UNIK (+VIDEO)

Macam mana ia dihidupkan? Sama seperti sebuah pesawat, ia dhidupkan dengan suis flip dan butang penghidup tapi ya ampun janganlah main-main dengan benda macam ni di tempat awam.

Malah pemiliknya juga menyatakan yang beliau cuma menghidupkannya sewaktu dalam keadaan statik. Bayangkan sendiri macam mana kalau dihidupkan sewaktu kereta tengah bergerak.

Kereta ini baru mempunyai perbatuan sebanyak 94,000 batu (ini kereta UK) dan siap ‘lowered’ dan dipasang dengan kit induksi tapi apa sangat modifikasi enjin jika dibandingkan dengan pakej kat belakang tu.

Kereta ini ada disenaraikan di laman eBay UK untuk dijual dan pemilik bertuah akan dibekalkan dengan menual penyelenggaraan yang lengkap untuk memudahkan anda melakukan servis pada enjin jet tersebut. Penting ooo…takkan nak mintak pomen biasa korang tolong servis benda alah ni.

Google ads
Back to top button