Buletin

KEPUTUSAN LANJUT ATAU TIDAK PKP DIPUTUSKAN SELEPAS 10 APRIL

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selepas 14 April hadapan atau tidak akan ditentukan selepas 10 April 2020. 

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di Kementerian Kesihatan petang tadi.

Data kes yang direkodkan dalam tempoh itu akan dijadikan sebagai panduan untuk tindakan selanjutnya. 

“Kita harap menjelang 10 April, data (kes) sudah ada untuk kita buat keputusan sama ada melanjutkan PKP atau sebaliknya.

“Kita memerlukan data untuk membuat keputusan. Saya boleh membuat jangkaan, tetapi realitinya kita perlu melihat kepada fakta dan sains,” tegas Noor Hisham.

Beliau menjawa soalan sama ada KKM sudah membuat keputusan mengenai lanjutan PKP atau sebaliknya. Noor Hisham memberitahu kebimbangan pihaknya adalah kes import yang melibatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara. 

“Ini merupakan cabaran kepada kita (KKM) jika berlaku gelombang kes import kerana mereka yang pulang ke negara kemungkinan membawa wabak itu,” katanya. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button