
DEGIL SANGAT, BAPA POTONG RAMBUT ANAK MACAM INI SUPAYA DIA TIDAK KELUAR RUMAH SEMASA KUARANTIN
Berang dengan sikap anaknya yang tidak mendengar arahan supaya tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, seorang bapa di Filipina mengambil pendekatan berbeza.
Bapa itu mengambil keputusan untuk memotong rambut anak lelakinya dengan potongan yang pelik supaya dia malu untuk keluar rumah.
Gambar budak lelaki yang rambutnya botak pada bahagian tengah dan dibiarkan tidak diusik di sebelah kiri dan kanan tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Gambar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan lebih 60,000 perkongsian dan 1,000 komen.
Odditycentral.com melaporkan bahawa Filipina merupakan antara negara yang mengenakan kuarantin di rumah ke atas rakyatnya. Kuarantin itu dibuat bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang dikatakan semakin serius di sana.
Bapa itu dikatakan terpaksa menggunting rambut anaknya kerana dia degil dan tidak mahu duduk di rumah sepanjang PKP. Gambar tersebut dimuat naik oleh kakaknya yang turut membandingkan dengan potongan rambut biasa adiknya sebelum ini.
Biarpun cara itu dikatakan berkesan untuk membuatkan kanak-kanak berkenaan tidak keluar rumah, namun ramai yang mempertikaikan kewajaran tindakan bapanya itu.

“Tindakan ini agak keterlaluan, dia kelihatan sangat sedih,” tulis seorang warganet.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengarahkan pasukan polis dan tentera supaya menembak mati rakyat yang mengingkari arahan kuarantin. Duterte juga mengugut akan memutuskan sumbangan bekalan makanan kepada komuniti yang membuat bantahan terhadap kerajaan.
Sebelum ini, satu siri bantahan meletus di beberapa kawaasan miskin di Manila kerana penduduknya mendakwa tidak mendapat bekalan makanan yang mencukupi.
Pemimpin yang terkenal dengan pendekatan kejam itu juga mahu diskriminasi ke atas pekerja kesihatan dihentikan serta-merta.
- BACA: IMPAK COVID–19, JUALAN VOLVO CARS JATUH!
- BACA: SEBAT REMAJA DI KUNAK, ANGGOTA POLIS AKAN DIKENAKAN TINDAKAN
- BACA: TIDAK MENGAKU SALAH MAKI POLIS, WANITA BERDEPAN HUKUMAN DENDA SEHINGGA RM10K, PENJARA 2 TAHUN
- BACA: PRESIDEN FILIPINA ARAH POLIS DAN TENTERA TEMBAK MATI RAKYAT INGKAR ARAHAN KUARANTIN