Buletin

MERAYAU TANPA TUJUAN, POLIS DI KARTANAKA INDIA AKAN RAMPAS KERETA/MOTOR

Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang kian serius, kerajaan India telah mengumumkan kuarantin selama tiga minggu yang dijadual berakhir pada 14 April depan. 

Pengumuman yang dilakukan dalam tempoh amat singkat itu membuatkan rakyat India seramai 1.3 bilion orang cemas. Ini kerana majoriti penduduk miskin mula membanjiri jalan raya, stesen bas dan kereta api untuk ke kampung berikutan tempat mereka bekerja sudah ditutup. 

Ramai pakar menyifatkan usaha kuarantin itu tidak berkesan kerana masih ramai rakyat yang keluar seperti tidak mengendahkannya. Bagi menguatkuasakan perintah berkurung, polis di Kartanaka, India baru-baru ini menumumkan satu pendekatan tegas.

Mereka menyatakan akan merampas kenderaan yang ada di atas jalan raya dan dipandu tanpa tujuan penting. Dimumkan pada 1 April, orang ramai pada awalnya ingat ia satu bentuk gurauan April Fool, tetapi polis Kartanaka menegaskan bahawa ia bukanlah prank April Fool. 

“Ini bukan prank April Fool. Motosikal atau kereta diharamkan daripada berada di atas jalan raya sehingga 14 April 2020. Kami akan MERAMPAS kenderaan jika anda TIDAK MENGENDAHKAN arahan kuarantin ini,” tulis Pengarah Besar dan Inspektor General Polis Kartanaka, Praveen Sood. 

Kenderaan yang dirampas boleh diambil semula selepas tempoh kuarantin tamat. 

Namun Praveen menjelaskan semua kenderaan yang melibatkan perkhidmatan penting adalah dikecualikan daripada arahan ini. – kredit foto: New Indian Express

Google ads
Back to top button