Buletin

KERANA SEEKOR LINTAH BULAN, PERJALANAN 12,000 PENUMPANG KERETA API DI JEPUN TERGANGGU

Sedia maklum bahawa Jepun mempunyai sistem pengangkutan kereta api yang sangat efisien. Jadi, apabila perkhidmatan itu terganggu, ia pasti menimbulkan kekecohan dalam kalangan penumpang. 

Baru-baru ini,  gangguan bekalan elektrik telah menjejaskan perjalanan puluhan kereta api di sana. Apa yang lebih mengharukan, semua itu berlaku disebabkan oleh seekor lintah bulan. 

Syarikat pengendali kereta api,  Kyushu Railway Co. (JR Kyushu) memberitahu gangguan itu mengakibatkan perjalanan 12,000 orang pengguna tertangguh. JR Kyushu dilapor terpaksa membatalkan operasi ke 26 laluan dan menggangguhkan beberapa perkhidmatan lain. 

Selepas beberapa minggu, JR Kyushu akhirnya menemui punca masalah tersebut. Seekor lintah bulan dikatakan berjaya masuk ke dalam peranti bekalan elektrik yang diletak berhampiran landasan kereta api. Pada awalnya, mereka menyangka ia berpunca daripada peranti pepijat. 

“Kami berjaya menjejaki peranti yang bertanggungjawab ke atas kegagalan bekalan tenaga elektrik. Tidak sangka bahawa masalah sebenarnya berpunca daripada bangkai seekor lintah bulan. Ia hangus terbakar selepas menyebabkan peranti tersebut mengalami litar pintas,” kata seorang jurucakap JR Kyushu. 

Menyifatkan kejadian ini sebagai amat jarang berlaku, JR Kyushu sebaliknya memberitahu pihaknya selalu berhadapan dengan insiden rusa dilanggar kereta api dan bukan kerana lintah bulan. 

JR Kyushu juga menegaskan telah memeriksa peranti sama di kawasan terbabit dan tiada masalah sama  ditemui. – AFP 

Google ads
Back to top button