Buletin

ALFA X – KERETAPI BULLET 360km/j, PALING LAJU DI DUNIA

Memiliki reka bentuk paling pelik dalam kalangan model kereta api laju Shinkanzen, Alfa-X ialah kereta terpantas di dunia. 

Dimiliki oleh pengendali keretapi Jepun JR East, keretapi itu bakal memasuki fasa ujian tidak lama lagi. Sebelum itu, JR East ada memperkenalkannaya di salah satu lokasi di wilayah Miyagi.

Menurut akhsbar Nikkei, keretapi tersebut mampu mencatat kelajuan mencecah 360km/j, 40km/j lebih laju berbanding pemegang rekod sekarang iaitu E5.

Ujian akan dijalankan di Tohoku line di antara bandar Sendai dan Aomori. Jentera itu akan bergerak pada kelajuan tinggi sebanyak dua kali seminggu.

Ini merupaakan sebahagian daripada ujian yang dijangka berakhir pada tahun 2021. Keretapi itu bagaimanapun hanya akan memulakan perkhidmantan pada tahun 2030.

Panjang keretapi ini adalah sekitar 250 meter dan melibatkan sepuluh buah gerabak. Daripada panjang keseluruhan itu, 22 meter adalah bahagian hadapannya yang menjadi ciri paling panjang pernah direka untuk sebuah keretapi laju atau shinkansen. 

Walaupun sering dianggap sebagai hidung, tetapi ia sebenarnya paruh yang diinspirasikan daripada burung.  Antara kegunaan utamanya adalah untuk menjadikan keretapi itu lebih aerodinamik dan senyap. 

Pada asalnya ia dibina untuk menghubungkan kawasan-kawasan terpencil Jepun dengan ibu negara Jepun, rangkaian landasan shinkansen kini merangkumi perjalanan sejauh lebih 2,800km. Rangkaian keretapi pantas ini juga merupakan antara yang boleh dipercayai dan tidak pernah lewat. 

Pada tahun 1997, pengendali keretapi Jepun mencatat sejarah dan hanya 18 saat lewat daripada keseluruhan perkhidmatannya. 

Google ads
Back to top button