Buletin

TERKINI: PROJEK KERETAPI ECRL DIBATALKAN – TUN M

Dalam satu sidang media hari terakhir lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed ke China hari ini, Kerajaan mengumumkan untuk membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa sekarang.

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Tun Dr Mahathir memberitahu bahawa pemimpin China sudah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut dan mereka memahami situasi ekonomi yang dihadapi Malaysia sekarang.

BACA: TUN M SAKSI PERJANJIAN PROTON MASUK PASARAN CHINA 

Tun M, dalam sesi lawatan yang bermula Jumaat lalu mengunjungi pelbagai rakan dagangan seperti Geely, Alibaba, Huawei serta kumpulan usahawan China.

Lawatan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed minggu lalu juga bagi menyaksikan menjalinkan kerjasama menang-menang terhadap projek terbaru Proton-Geely. Kedua-dua syarikat telah bersetuju untuk mengembangkan pasaran mereka dalam segmen kereta penumpang, di mana Proton akan diberi peluang untuk memasarkan kenderaan mereka di China.

“Saya percaya, China juga tidak mahu melihat Malaysia bankrap,” ujar Tun Mahathir ketika mengulas mengenai keputusan terkini kerajaan Malaysia terhadap kedudukan dua projek mega tersebut.

Tn Mahathir juga menegaskan bahawa keutamaan kerajaan pimpinannya sekarang adalah untuk mengurangkan hutang dan pinjaman negara.

Tags
Google ads
Back to top button