
PEMILIK EV DI MALAYSIA PERLU ADA SELIMUT PEMADAM API
Kerajaan bercadang untuk mewajibkan penggunaan selimut pemadam api kenderaan elektrik (EV) yang berupaya mengekang haba sehingga 1,000 darjah Celsius kepada pemilik kenderaan jenis itu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketetapan itu bagaimanapun tertakluk kepada hasil perbincangan pihaknya dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jawatankuasa EV.
Menurut beliau, kos seunit selimut pemadam api itu adalah RM4,800 hingga RM5,000 yang mampu mengawal kebakaran, tetapi menghalang pelepasan gas toksik.
“SIRIM melakukan ujian ke atas selimut pemadam api EV dan meluluskan penggunaannya,” katanya.

Tengku Zafrul memberitahu, produk keselamatan tersebut buat masa ini diwajibkan untuk dimiliki operator stesen pengecas EV sahaja.
Namun, beliau berharap rumah pemilik EV, pejabat swasta dan kerajaan turut wajib dimiliki produk sama.
“Ujian ke atas produk itu membuktikan komitmen kerajaan untuk menjadikannya sebagai langkah merangka garis panduan keselamatan bagi penggunaan kenderaan EV seperti saranan oleh KPKT.
“Kita di MITI juga akan memastikan produk keselamatan ini ada di pasaran dan menepati syarat-syarat dan piaiwaian yang ditetapkan oleh SIRIM,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menegaskan, SIRIM dalam proses untuk merangka Piaiwaian Keselamatan Selimut Kebakaran Untuk Industri agar garis panduan tersebut juga digunapakai oleh pihak pelabuhan dan pengendali logistik membabitkan kenderaan jenis tersebut. – KOSMO!ONLINE
- BACA: MAN MALAYSIA SERAH 1O BUAH KOC DEK KEMBAR KEPADA SUPER NICE EXPRESS, DILENGKAPI ADAS
- BACA: START/STOP TOYOTA BOLEH TAHAN 50 TAHUN? BOLEH PAKAI SAMPAI PENCEN
- BACA: 10 KERETA TAK BOLEH BELI KALAU ANDA ADA BISNES HARAM, RASUAH & SONGLAP DUIT
- BACA: LS15V – JENTERA DRIFT PALING MAHAL PERNAH DIHASILKAN DALAM SEJARAH