Buletin

KERETA BAHARU DI KESATUAN EROPAH WAJIB DILENGKAPI KOTAK HITAM – EVENT DATA RECORDER (EDR)

Jika kapal terbang memiliki kotak hitam, satu peranti serupa juga akan menjadi mandatori pada semua kereta baharu yang dijual di Kesatuan Eropah.

Mulai Julai 2024, semua kereta baharu yang didaftarkan di Kesatuan Eropah mesti dilengkapi dengan “Event Data Recorder” (EDR) sebagai ciri standard.

Keperluan ini terpakai kepada kereta penumpang termasuk dalam kelas M1, yang boleh memuatkan sehingga lapan tempat duduk penumpang, selain tempat duduk pemandu.

Selain itu, kenderaan komersial yang dikategorikan sebagai kelas N1, termasuk trak pikap dan van tidak melebihi 3,500 kilogram (7,716 paun), juga akan dilengkapi dengan kotak hitam versi automotif.

EDR adalah peranti yang merekod data kritikal semasa berlakunya suatu kemalangan jalan raya.

Kemalangan mempunyai implikasi kewangan bagi individu yang terlibat, dan seringkali sukar untuk menentukan siapa perlu bertanggungjawab.

Sehubungan itu, EDR dapat membantu pihak berkuasa memahami dengan tepat untuk menganalisis data yang disimpan di dalamnya.

Peranti ini merekodkan beberapa parameter untuk jangka masa yang singkat – lima saat sebelum kemalangan dan 0.3 saat selepas impak.

Menurut dokumentasi disediakan oleh Komisi Eropah, EDR merekod dan menyimpan data berikut:

  • Kelajuan
  • Pemecutan
  • Kedudukan
  • Kemiringan kereta di jalan raya

EDR harus menyimpan maklumat tersebut dengan tahap ketepatan yang tinggi selain, merekodkan maklumat tentang jenama dan model kenderaan, serta peralatan.

EDR akan secara automatik diaktifkan ketika airbag dan pengetat tali pinggang dipicu termasuk terdapat perubahan kelajuan dalam arah lateral atau longitudinal melebihi 8 km/j dalam masa 0.15 saat.

Google ads
Back to top button