
HONDA DAN CASIO HASILKAN JAM TANGAN “HONDA RACING RED EDITION”. BOLEH RAKAM CATATAN MASA, RM2.5K
Honda dan Casio baru-baru ini menjalin kerjasama untuk menghasilkan jam tangan kronograf khas daripada keluaran Edifice. Dikenali sebagai Edifice EQB-2000HR “Honda Racing Red Edition”, jam tangan itu hadir dengan reka bentuk, gayaan dan warna yang diinspirasikan daripada jentera berprestasi tinggi Honda.
Jam tangan itu juga dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-60 Litar Suzuki. Ulang tahun tersebut diperingati menerusi ukiran khas pada bahagian belakang jam yang menggambarkan garis besar litar dan logo “60”. Selain tali Alcantara berwarna hitam dengan jahitan dan lapisan merah.
Gaya tersebut diinspirasikan oleh tempat duduk Alcantara pada model Type R. Perkataan Honda yang terukir di antara lug dan logo HRC (Honda Racing Corporation) pada dail memantapkan lagi penggayaan tersebut.

Bar merah bersilang pada dail disesuaikan cat merah yang sama dengan lencana “Red H” Honda, yang boleh dilihat pada kereta seperti Civic Type R. Nilai tambah keluaran jam itu datang dalam bentuk reka bentuk lug yang diinspirasikan oleh kereta Formula 1.
Jam tangan itu sendiri menampilkan subdail untuk lap delta dan waktu dunia yang dikuasakan oleh pergerakan kuarza bantuan solar. Ia juga mempunyai ketersambungan Bluetooth untuk memudahkan urusan merekod catatan masa oleh kronograf dan menganalisis data.
Edifice EQB-2000HR “Honda Racing Red Edition” akan dikeluarkan pada 30 September dan ditawarkan pada harga AS$563.19 (RM2,526).
GALERI:





- BACA: CUBAAN RAGUT JAM TANGAN ROLEX PEMANDU BUGATTI DI LONDON GAGAL
- BACA: KENA REMBAT JAM TANGAN BERNILAI RM1.36 JUTA MILIK PEMANDU FERRARI
- BACA: JAM TANGAN BUGATTI CHIRON SAPPHIRE CRYSTAL. SEUTAS SAHAJA, RM6.3 JUTA
- BACA: JAM TANGAN RICHARD MILLE RM1.2 JUTA MILIK PELUMBA F1 MCLAREN DIROMPAK SELEPAS FINAL EURO 2020