
SEMBANG SANTAI – ADA KE ORANG NAK PAKAI TESLA X NI OI?
Agak lama BK tak bawakan sesi sembang santai dan merapu. Maklumlah, kehidupan dewasa ini agak menengangkan dengan pelbagai perkara. Jadi disebabkan lama tak bersembang santai kali ini BK bawakan sebuah model yang agak lain daripada yang lain, Tesla X.
BK : Assalamualaikum wahai Tesla X. Apa khabar kamu?
T X : Alhamdulillah BK. Sihat adanya. Diharapkan BK pun sihat jugalah adanya. Agak lama juga BK tak interview dengan kereta kan.
BK : Itulah pasal. Entah macam mana, rasa tergerak hati pula nak interview sikit kamu ni wahai Tesla X. Cubalah kamu perkenalkan diri terlebih dahulu.
T X : Baiklah. Nama saya seperti yang didaftarkan adalah Tesla X dan jika ada yang tidak mengetahui, sebenarnya saya ini adalah sebuah model SUV EV dan bukanlah kereta biasa biasa.
BK : Tapi sebenarnya penampilan luaran kamu ini tidaklah bercirikan SUV sangat pun kan.
T X : Benar bang BK. Rupa saya ini barangkali tidaklah keterlaluan sebagai sebuah SUV sejati. Dan kalau perasan, rupa luaran saya pun tidak melampau sangat rekaannya. Walau pun saya ini adalah model EV sepenuhnya, namun rekaan saya ini lebih bercirikan minimalis. Tidak melampau dan tidak mendahului zaman. Tapi ada suatu ciri saya yang pasti orang akan suka.

BK : Autopilot kan?
T X : Hmmm iya mungkin. Mungkin ada yang merasakan sistem Autopilot yang ada ini suatu kelebihan. Tapi jangan lupa BK, saya turut dilengkapi dengan Falcon Door untuk penumpang belakang. Barulah boleh mengepak dengan jayanya.
BK : Ok harus diakui pintu jenis burung helang ini agak menarik untuk diaplikasikan. Nampak macam garang. Hah, lepas tu apa lagi ciri dan kelebihan yang kamu ada ni?
T X : Kalau bang BK tengok dalaman saya, pasti akan mudah tertarik dengan kelebihan skrin infohiburan yang bersaiz mega ini. Nak tengok drama melayu waktu orang tengah sibuk nak solat Maghrib pun puas hati bang BK. Itu belum lagi kalau nak tengok Waze. Insya Allah pasti akan tiba di destinasi dengan jayanya.
BK : Maintenance macam mana pulak? Nak caj..warranti ke. Cuba bagi explained sikit supaya ramai yang lebih faham tentang model EV yang dibawa oleh pengimport bukan rasmi ni

T X : Dari segi maintenance, rasanya tak ada apa sangat pun yang perlu dijaga. Macam biasalah wear & tear tu. Bab bateri sekali caj boleh pergi sampai 450 km. Bang BK takat nak balik Melaka pergi balik Insya Allah cukup. Waranti pun biasanya ada juga ditawarkan. Tak perlu nak risau pun. Beli dan pakai aja.
BK : Jadi sebenarnya model kamu sebegini siapa sasaran yang patut dibeli? Aku yakin harga kamu tidaklah murah mana kan.
T X : Secara jujurnya saya ini bukanlah untuk dimiliki oleh pencinta bumi hijau sebagai sasaran jualan di sini. Di tempat lain mungkin ya. Saya fikir, jikalau ianya patut dibeli oleh golongan duitnya berkoyan dan ingin memandu sebuah EV yang bergaya untuk ke pusat beli belah Star Hill misalannya. Ianya lebih tepat dan adil. Tidak salah jikalau saya katakan yang saya ini lebih kepada sebuah kenderaan gaya hidup. BK rasa?

BK : Aku tak ada nak rasa apa apa pula. Rasanya golongan M40 macam aku ni memang jauh panggang dari api kalau nak beli. Kenderaan gaya hidup SUV marhain serupa Aruz itu pun besar rahmat dah.
T X : Benar tu bang BK. Ikut kemampuanlah. Insya Bang BK, saya doakan semua rakyat Malaysia senantiasa dilimpahi rahmatNya.
BACA : SEMBANG SANTAI – ADA MASIH INGAT LAGIKAH PADA HAVAL H1 INI?