Artikel Pilihan

KHURAFAT AUTOMOTIF: LEPAS ISI RON 95, KENA BILAS RON 97? BAIK BILAS GUNA AIR KOLAH MASJID

Baru baru ini tular satu artikel atas talian yang mendakwa adalah bagus untuk mengisi setangki RON 97 selepas menggunakan RON 95. Dakawaan yang dibuat oleh pempengaruh ini dikutip oleh tabloid dan disebarkan di atas talian, menerima pelbagai reaksi daripada netizen

Ada yang mengatakan dakwaan ini disokong oleh personaliti syarikat minyak dan juga jabatan kerajaan. Namun pendapat ini bagi penulis ialah hanyalah “hearsay” sahaja dan tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini

Secara asasnya petrol dari mana-mana jenama sekalipun adalah sama, dihasilkan di pusat penapisan yang sama sebelum dijual di stesen minyak setiap jenama. Namun yang membezakan semua petrol ini ialah formulasi bahan tambah (disebut sebagai aditif) yang dicampur kemudian oleh setiap jenama stesen minyak

Formulasi ini berbeza antara setiap jenama dan berbeza antara RON 95, 97, 100 dan Shell V Power. Masing masing ada rahsia, macam mana formulasi ini dibuat dan dicampur dan direka bagi memenuhi setiap keperluan syarikat

Persoalan utama, betul ke kena bilas RON 97 lepas guna RON 95?

Jawapan jujur saya, saya tak pernah dengar, dan setakat ini tiada tulisan dan kajian saintifik, kajian PHD tentang isu ini yang menyokong dakwaan ini

TAPI tidak dinafikan yang RON 97 ada memiliki formulasi yang lebih baik dan campuran serta kandungan bahan aditif yang jauh ebih baik berbanding dengan RON 95

Apa bahan aditif yang biasa dicampur pada petrol RON 95 dan juga RON 97?

Syarikat petroleum akan mencampurkan methanol, ethanol, Isopropyl, sebatian esther, Ethylenediamine, pewarna, Polybuteneamine, Dimethyl methylphosphonate dan banyak lagi. Semua campuran ini bertindak untuk menghasilkan pembakaran yang bersih, mengurangkan enapan karbon dan menaikkan Reasearch Octane Number

Jadi kenapa kita guna RON 97 rasa lebih POWER?

Tak kisah apa pun jenama petrol, bahan utama petrol ialah sebatian hidrokarbon (HC). Sebatian ini yang akan terbakar, menghasilkan haba untuk gerakkan piston dan seterusnya menggerakkan kereta.

Masalahnya proses pembakaran ideal dan lengkap yang dikaji dalam makmal tidak mungkin berlaku di dalam enjin sewaktu dipandu. Akan ada carbon yang tak terbakar dan mula mendap dalam enjin, pada piston, valve, valve seat and dan sebagainya.

Carbon build up atau enapan carbon ini memang jahat, disebabkan karbon ini mudah jadi pusat penumpuan haba (heat concentration). Karbon ni jadi boleh jadi punca knocking pada kebanyakan enjin petrol.

Knocking pada enjin aspirasi normal (NA)

Enjin aspirasi normal menghasilkan kuasa dengan kadar RPM. Semakin tinggi RPM, semakin sedap dan berkuasa enjin. Apabila knocking berlaku, ECU akan menghantar isyarat supaya enjin tidak lagi beroperasi pada RPM tinggi dan dihadkan pada RPM rendah

Apabila kita tekan pedal minyak, contohnya enjin akan terasa tersangkut pada 3000 RPM dan terasa lemau

Knocking pada enjin turbo

Bagi enjin turbo, masalah ini akan menyebab suhu kebuk pembakaran enjin akan meningkat. Bagi menyejukkan enjin dan mengatasi knocking, ECU akan menyuntik lebih banyak petrol. Kesannya ialah penggunaan petrol akan meningkat

Enapan karbon ini juga akan menyebabkan prestasi enjin semakin merosot. Sebagai contoh jika sewaktu baru enjin datang dengan potensi 100 kuasa kuda, selepas enapan karbon berlaku selama 5 tahun, mungkin kuasa enjin akan merosot kepada 95 kuasa kuda sahaja.

Jadi dengan mengisi petrol RON 97 yang datang dengan bahan aditif yang jauh lebih baik, maka masalah knocking ini boleh diatasi. Masalahnya ialah RM 3.19 seliter dan bagi mengisi setangki petrol Perodua MyVi, pemandu memerlukan sehingga RM 114

Namun penulis menggunakan kaedah lain untuk mengatasi masalah enapan karbon dan seterusnya mencegah knocking daripada berlaku, tanpa menggunakan kaedah pengisian RON 97 dan jauh lebih menjimatkan

Tuang Fuel Injector Cleaner Setiap Kali Servis

Cara paling mudah untuk menghapuskan enapan karbon dan menghalang masalah knocking serta mengembalikan kuasa enjin ialah dengan menggunakan fuel cleaner setiap kali lepas tukar minyak hitam.

Biasanya penulis akan menggunakan Fuel Injector Cleaner ini setiap kali selepas servis 10,000km (atau apabila terasa enjin sudah hilang kuasa). Pusat servis Perodua, Toyota dan Honda ada menjual fuel injector cleaner ini dan boleh dibeli di pusat servis

Bagi kenderaan yang sudah tidak menggunakan khidmat pusat servis rasmi, anda boleh cuba menggunakan Caltex Techron. Selepas dituang satu botol dalam tangki petrol, isi semula setangki petrol dan pandu seperti biasa.

Bagi enjin moden, penggunaan sebatian fuel injector cleaner adalah lebih kritikal. Keadaan ini disebabkan enjin moden yang datang dengan ciri pemasaan pintar dual- VVTi, i-VTEC dan VVT boleh mengubah pemasaan enjin bagi menghasilkan operasi Exhaust Gas Residual (EGR)

EGR ini akan menyedut balik gas ekzos masuk semula ke dalam silinder, menghalang kemasukan udara dan petrol yang baru, merendahkan suhu enjin dan mengurangkan pelepasan Nitrogen Oksida, Sulfur Dioksida serta mengurangkan penggunaan petrol

Namun keburukan proses EGR ini ialah semasa gas ekzos disedut balik ke dalam silinder, partikel karbon daripada asap akan mendap di injap kemasukan, injap ekzos, sekitar palam pencucuh dan di dalam kebuk pembakaran

Jadi pada enjin moden, boleh dikatakan fuel injector cleaner ini adalah perkara yang digalakkan bagi membersihkan enjin daripada enapan karbon, mengkalkan prestasi enjin dan memanjangkan jangka hayat enjin

Anda tidak perlu mengisi RON 97 di dalam kereta anda yang jauh lebih mahal untuk dilakukan

Google ads
Back to top button