Buletin

KIA CARNIVAL 2024 CKD TIBA DALAM TIGA VARIAN, JANA 199HP, HARGA BERMULA RM198K

Pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, secara rasmi memperkenalkan Kia Carnival 2024 dan tersedia untuk tempahan.

Carnival dipasang secara tempatan (CKD) dan boleh didapati dalam konfigurasi tujuh, lapan dan 11 tempat duduk.

Dari segi penampilan, Kia Carnival 2024 tujuh dan lapan tempat duduk didatangkan dengan lampu nyalaan siang LED, bumbung suria berkembar, Smart Power Sliding Door, Smart Power Tailgate selain, diserlahkan lagi melalui rim aloi 19-inci serta upholsteri leatherette hitam dan kelabu.

Pilihan warna bagi Kia Carnival 2024 CKD adalah seperti berikut:

  • Astra Blue
  • Snow White Pearl
  • Meteor Gray
  • Jet Black

Ciri-ciri lain ditawarkan termasuklah ciri pemanas dan penyejuk tempat duduk, lampu dalaman LED, Surround View Monitor sementara kerusi Premium Relaxation hanya ada pada varian tujuh tempat duduk.

Bagi varian tujuh tempat duduk, ia mempunyai konfigurasi 2-2-3 manakala konfigurasi 11 tempat duduk pula adalah 2-3-3-3.

Perincian lain termasuklah dilengkapi skrin infotainment 12.3-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas wayarles dan Bluetooth serta tujuh port pengecas USB.

Ciri menarik lain, Blind-Spot View Monitor (BVM) turut disertakan untuk varian tujuh dan lapan tempat duduk.

Kia Karnival dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan standard merangkumi 7 Beg Udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci ( ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Brek Berbilang Perlanggaran (MCB), cagak ISOFIX dan Bantuan Mula Mendaki (HAC).

Beralih pada kuasa, Ketiga-tiga varian dikuasakan nadi 2.2-liter turbodiesel, berupaya menghasilkan 199hp pada 3,800 rpm dan 440Nm dari 1,750 hingga 2,750rpm serta dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.

Untuk harga pula, butiran adalah seperti dinyatakan di bawah:

  • 2.2L 11 tempat duduk: RM198,500
  • 2.2L 8 tempat duduk: RM245,888
  • 2.2L 7 tempat duduk: RM259,888

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 100,000 km dan pakej penyelenggaran berjadual percuma selama lima tahun atau 100,000 km.

GALERI:

Google ads
Back to top button