Buletin

KES KECURIAN KERETA HYUNDAI, KIA SEMAKIN TERUK – MENINGKAT 1,000 PERATUS!

Sejak 2021, kes kecurian model Hyundai dan Kia sememangnya menjadi bualan orang ramai dan tidak kurang juga, kedua-dua syarikat berkenaan mencari pelbagai penyelesaian termasuk memperkenalkan perisian baharu bagi mengelak kecurian.

Walau bagaimanapun, hari ini kita dikejutkan lagi, di mana CNN melaporkan bahawa kecurian Hyundai dan Kia semakin teruk, meningkat lebih daripada 1,000 peratus sejak 2020.

Institut Data Kehilangan Lebuhraya menunjukkan sekitar 1 daripada setiap 1,000 kenderaan Hyundai dan Kia yang diinsuranskan telah dicuri dalam separuh pertama tahun 2020.

Jumlah itu secara kasarnya setanding dengan pembuat kereta lain, tetapi kemudian Kia Boys datang dan mengubah segala-galanya.

Ini ditunjukkan dalam angka seperti pada separuh pertama 2023, kadar kecurian Hyundai dan Kia melonjak kepada 11.2 setiap 1,000 unit, peningkatan kira-kira 1,020 peratus.

Menurut CNN, masalah utama model Kia atau Hyundai ialah kekurangan immobilizer dan reka bentuk yang menjadikan beberapa model sangat mudah untuk dicuri.

Hyundai dan Kia telah cuba menangani perkara ini dengan kemas kini perisian serta pelindung pencucuhan penghalang kecurian baharu, tetapi perubahan ini tidak menyelesaikan semua isu.

Tambah CNN, kenderaan Hyundai dan Kia dilaporkan mempunyai kadar vandalisme sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pembuat kereta lain.

Google ads
"
"
Back to top button