Buletin

PORSCHE TAYCAN TURBO CROSS TURISMO - UNTUK ABAH ABAH YANG SAKIT LUTUT. TAK LOWERED SANGAT

Penggemar kereta sport Porsche sejati seperti Abg Jakpor sudah tentu cukup memahami falsafah kejuruteraan pembuat dari Jerman itu, keretanya mestilah rendah supaya boleh memotong angin dengan efisyen dan cukup laju untuk lekas tiba di Kuala Terengganu. Tiber!

Porsche sebelum ini telah pun mengeluarkan model sport EV, Taycan. Dan kini Porsche bersedia untuk menawarkan versi terkini Taycan, tetapi kini ianya hadir dengan beberapa varian termasuklah Taycan Turbo Cross Turismo ini. Berbanding versi Taycan sedan, versi Cross Turismo ini tampil dengan rekaan yang sedikit berbeza dengan saudara kembarnya itu.

Ianya tampil dengan rekaan badan di bahagian belakang seumpama Wagon, seperti model saudaranya Panamera. Tetapi ianya lebih pendek sedikit. Berbanding juga versi Taycan 4S Sport Turismo yang tunduk menyembah bumi dia punya level kerendahan diri, Cross Turismo ini kelihatan sedikit tinggi dari permukaan tanah serta dilengkapi dengan body cladding nipis bagi memberikan maksud ianya adalah sebuah model versi Cross Utility Vehicle (CUV). Bila dah tinggi sikit ni, mudahlah sikit Abah Abah yang sakit lutut nak keluar masuk ke dalam kabin mode ini, iya tak?

Untuk itu, Porsche telah memberikan kerja tingkat taraf dari segi peningkatan kuasa. Porsche Taycan Cross Turismo ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 764 kuasa kuda untuk pemanduan harian serta 938 kuasa kuda apabila mod pelancaran diaktifkan. Dua unit motor masih lagi dikekalkan di hadapan dan belakang tetapi unit motor yang baharu lebih ringan telah diganti yang berupaya memberikan tambahan kuasa.

Kuasa pecutan dari titik pegun ke 60 mph (96 km/j) berupaya mencatatkan masa hanya 2.3 saat sahaja berbanding versi sebelumnya dengan catatan masa 2.4 saat.

Dan sebagai sebuah model EV, kepantasan mengecas juga turut diberikan perhatian oleh Porsche. Apalah ertinya laju kalau nak cas penuh bateri kena tunggu semalaman. Dengan fungsi pengecasan pantas 320kW, (lebih 50kW berbanding model sebelumnya) Porsche mendakwa bahawa ianya hanya memerlukan sekitar 18 minit untuk bateri dicas sehingga 80%.

Taycan versi baharu ini menggunakan pek bateri yang lebih besar, 105 kWj berbanding hanya 93 kWj yang sudah semestinya juga akan meningkatkan jarak perbatuan pemanduan kereta.

Sistem suspensi udara adaptif yang baharu kini turut ditawarkan kepada semua varian Taycan. Malah Porsche Active Ride yang baharu juga boleh dipesan sebagai pilihan untuk versi pacuan semua roda bagi menawarkan keselesaan dan juga dinamik pemanduan.

Walau pun berat kereta ini bertambah sehingga 15 kg, namun ciri – ciri yang terdapat padanya adalah lebih berbanding model sebelumnya. Ianya kini dilengkapi dengan pencahayaan ambien, ParkAssist, pemasasan tempat duduk, Porsche Intelligent Range Manager (PIRM), suid Mod Pandu dan juga Power Steering Plus adalah didatangkan secara standard.

Model sebelumnya ditawarkan pada julat harga RM900,000 ++ di pasaran Malaysia, maka dijangkakan mungkin akan ada sedikit peningkatan sekiranya ianya dibawa masuk ke Malaysia kelak.

BACA : PORSCHE TAYCAN ENTRY LEVEL. 2 PILIHAN BATERI, JARAK 431KM, RWD, BERMULA RM323K

BACA : PORSCHE TAYCAN CROSS TURISMO KINI DI MALAYSIA. 3 VARIAN, BERMULA RM645K

Google ads

B K

Back to top button