Artikel Pilihan

SUBARU BRZ & TOYOTA GR86 TIDAK BOLEH DIJUAL DI EU, MAT SALEH TAKUT MATI AGAKNYA.

Kebanyakan kereta sport dan kereta yang unik dijual di pasaran biasnya “dibunuh” oleh peraturan pelepasan asap yang semakin ketat. Tetapi bagi model Toyota GR 86 dan Subaru BRZ nampaknya, kali ini mereka tepaksa akur dengan peraturan keselamatan terbaru di EU.

Peraturan ini dipanggil sebagai General Safety Regulations 2 (GSR2) mulai dilaksana pada 6 Julai 2022 apabila Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan kelulusan VTA (Vehicle Type Approval) kepada semua kenderaan yang tidak memenuhi regulasu GSR2 ini.

Ini termasuklah kereta penumpang, van, lori, dan juga bas yang gagal memenuhi senarai panjang 100 perkara yang mesti dipenuhi oleh pengeluar kenderaan. Salah satu senarai tersebut ialah Event Data Recorder ataupun Black Box yang akan merakam kedudukan brek, laju, posisi dan semua sistem mencegah kemalangan kenderaan 5 saat sebelum kemalangan dan 0.3 saat selepas impak kemalangan

Antara syarat lain bagi melepasi GSR2 ini temasuklah Lane Keep Assist, sistem pemantauan tekanan tayar, emergency stop signal dan Driver Attention Alert bagi mengensan pemandu mengantuk. Malah bermula pada bulan Julai 2029, EU akan mengetatkan lagi aspek keselamatan cermin depan, sistem keselamatan yang lebih canggih bagi mengesan pemandu yang lalau, tayar lebih tahan lasak dan sistem pemantauan khas pejalan kaki

Patrick Scheelen, Senior Manager, Lexus and Toyota Gazoo Racing Communications mengesahkan yang GR86 hanya akan dijual dalam tempoh 2 tahun sahaja lagi. Toyota juga tidak berminat untuk memodifikasi model GR86 ini bagi memenuhi semua tuntutan regulasi GSR2 yang semakin mengarut

Sekiranya Toyota mahu menjual GR86, mereka perlu merombak semua sistem, kerangka dan perkakasan yang ada pada GR86 dengan peningkatan kos yang luar biasa dan tidak mampu ditelan disebabkan GR86 adalah produk “niche” dengan jualan yang kecil sahaja.

Sebagai bukti, Toyota perlu bekerjasama dengan Subaru bagi menghasilkan kereta sport 2 pintu pacuan roda belakang bagi berkongsi kos pembangunan. Ia adalah contoh yang sama bagaimana Toyota sanggup berkongsi dengan BMW bagi menghasilkan Supra

Malah sekiranya modifikasi tersebut berjaya, ia akan menyebabkan karekter pemanduan dan dinamik GR86 akan berubah, dan tidak lagi akan menjadi kereta sport yang disukai dan digemari oleh peminat sekarang.

Peraturan GSR2 akan menghalang Subaru dan Toyota daripada mengambil pesanan terbaru, malah mereka dilarang daripada menjual stok lama sebaik sahaja peraturan ini dikuatkuasakan. Keadaan ini memberi peluang kepada 2 syarikat ini selama 2 tahun sahaja lagi untuk menjual BRZ dan GR86.

Namun untuk MX-5, Mazda mengesahkan yang kereta sport ini tiada masalah untuk memenuhi regulasi GSR2 dan masih boleh dibeli seperi biasa. Untuk rekod Miata diperkenalkan pada tahun 2014 bagi model softop, diikuti dengan model hardtop 2016, diberikan facelift dengan Kod ND2 pada 2018 serta ND3 pada 2023

Alpine iaitu pengeluar model kereta sport A110 juga mengesahkan peraturan baru ini turut menjejaskan kereta mereka. Penambahan kos dalam aspek keselamatan menyebabkan mereka gagal untuk balik modal apabila model A110 ini ditamatkan pengeluaran pada 2026 nanti.

Walaupun peraturan keselamatan dan pelepasan pencemaran udara ini bagu, hakikatnya pengeluar terpaksa membelanjakan kos tambahan bagi memenuhi semua regulasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Malangnya kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui harga jualan yang semakin mahal

Google ads
Back to top button