
KIA EV9 MENDARAT DI MALAYSIA – KONFIGURASI ENAM/TUJUH TEMPAT DUDUK, JANA 385PS, HARGA BERMULA RM369K
KIA EV9 GT-Line AWD dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia, menawarkan kapasiti enam atau tujuh tempat duduk.
Kia EV9 yang merupakan SUV elektrik tiga baris tempat duduk pertama Kia dibina di atas platform E-GMP, mempunyai dimensi 1,755 (tinggi), 1,980mm (lebar), 5,010mm (panjang) dan jarak roda sekitar 3,100mm.
Dari segi penggayaan, EV9 menampilkan falsafah Opposite United dengan rekaan garang pada bahagian depan yang digelar Digital Tiger Face dan dipadankan bersama lampu utama star-map.

Di bahagian belakang pula, anda boleh lihat lampu belakang yang merentasi keseluruhan badan, sekaligus memberikannya gaya cukup futuristik.
Menjengah ke dalam kabin, EV9 menerima kelengkapan seperti skrin infotainmen berkembar bersaiz 12.3-inci dengan ketersambungan AppleCarPlay/Android Auto dan paparan 5-inci untuk kawalan suhu.
Di samping itu, terdapat juga butang-butang fizikal disediakan seperti tombol pendingin hawa yang mudah untuk dioperasi selain dilengkapi sistem audio Meridian 14-pembesar suara.

Secara mekanikal, KIA EV9 GT-Line AWD dijana oleh bateri lithium-ion 99.8kWh, menawarkan jarak gerak 505km bagi setiap pengecasan penuh.
Beralih pada kuasa, KIA EV9 GT-Line AWD hadir dengan susun atur motor berkembar dan menghasilkan jumlah kuasa gabungan mencecah 385PS dan 700Nm.
Bagi ciri keselamatan, EV9 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang terdiri daripada High Beam Assist, Parking Collision-Avoidance Assist (front, rear and side), Blind-Spot Collision-Avoidance Assist, Rear Cross-Traffic Collision Avoidance Assist, blind spot monitoring, lane keep assist, driver attention warning, Lane Following Assist, adaptive cruise control dengan fungsi stop and go serta Forward Collision-Avoidance Assist.
Menariknya, sistem vehicle-to-load (V2L) turut disediakan dan mampu menghasilkan output sehingga 3.6kWh.
Kia EV9 adalah diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea, menawarkan lima pilihan warna iaitu:
- Ocean Blue
- Snow White Pearl
- Pebble Grey
- Aurora Black Pearl
- Iceberg Green
Untuk harga pula, perinciannya adalah seperti dinyatakan di bawah:
- Tujuh tempat duduk: RM369,668
- Enam tempat duduk: RM374,668
GALERI:


















- BACA: MEKANIK MAUT AKIBAT TAYAR JENTOLAK MELETUP DI SUNGAI BULOH
- BACA: PORSCHE PANAMERA KINI DI PASARAN MALAYSIA – JANA 353PS, HARGA BERMULA RM1.3 JUTA
- BACA: WULING CLOUD EV TIBA DI PASARAN INDONESIA, JARAK GERAK 505KM, HARGA BERMULA RM62K
- BACA: MERCEDES-BENZ CLE 300 4MATIC COUPE DIPERKENALKAN – 258HP, HARGA BERMULA RM518K