Buletin

KIA RIO SEDAN – RM73,000

Selepas agak lama tidak memperkenalkan produk baharu, Naza Kia Malaysia akhirnya memperkenalkan Kia Rio Sedan pada acara ASEAN Auto Show 2015.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (1)

Acara itu berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan Selangor sehingga esok.

Bersaing dengan sedan segmen B yang lain seperti Honda City, Toyota Vios, Nissan Almera dan Ford Fiesta sedan, model ini sememangnya ada kelebihan tersendiri. Di peringkat global, jentera ini mendapat sambutan hangat dengan jualan mencecah dua  juta unit sejak ia diperkenalkan.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (3)

Rio Sedan ditawarkan pada harga RM73,000 seunit (termasuk GST dan insurans di atas jalan). Tempahan sudah dibuka mulai sekarang. Penghantaran pertama pula akan dibuat pada awal tahun depan.

“Dengan rekaan yang sofistikated, saya yakin Rio Sedan akan menjadi penyumbang utama kepada prestasi jualan Naza Kia Malaysia pada tahun 2016,” kata  Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (12)

Sedan ini dipacu oleh unit enjin bersesaran 1.4 liter. Kuasa maksimum 109PS dan tork 137Nm enjin itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik empat kelajuan.

Tipikal kenderan Kia, Rio Sedan sarat dengan pelbagai ciri yang sukar untuk diketepikan.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (7)

Dari segi keselamatan, model pemasangan tempatan ini dilengkapi enam beg udara, brek cakera pada keempat-empat roda, sistem, brek ABS, Eelectronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Management (VSM) dan Hill-Start Assist Control (HAC).

Kia-Rio-Sedan-mekanika (8)

Jentera ini juga didatangkan dengan ciri menarik seperti sensor parkir, sistem kemasukan tanpa kunci. Di bahagian kabin, pemandu dan penumpang dialu-alukan dengan  stereng teleskopik dengan butang kawalan audio serta sistem audio bersama kemampuan ketersambungan USB, CD, MP3, RDS, AUX dan storan memori sehingga 800MB.

Kia-Rio-Sedan-mekanika (9)

Rio sedan hadir dalam empat warna menarik iaitu putih, perak, biru dan merah. Untuk memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, Rio Sedan disertakan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan (tertakluk kepada terma dan syarat).

Google ads
Back to top button