Buletin

PREBIU MAZDA CX-3!

Kepada sesiapa yang sudah lama untuk melihat SUV kompak terbaharu Mazda CX-3 dari dekat, sila kunjungi acara ASEAN Auto Show 2015.

Mazda-CX-3-preview-mekanika (9)

Sedang berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan Selangor, acara itu akan berakhir esok.

Ini merupakan kali pertama Mazda CX-3 dipamerkan secara rasmi di Malaysia. Bakal ditawarkan dalam satu varian sahaja, harga Mazda CX-3 dikatakan bermula  RM130,000 seunit.

Mazda-CX-3-preview-mekanika (7)

Walaupun ada kemungkinan Bermaz Motor akan memasang Mazda CX-3 di kilangnya di Kulim, Kedah, namun kumpulan awal crossover tersebut didatangkan khas dalam bentuk CBU dari Jepun.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 8 Disember depan, Mazda CX-3 dijana oleh enjin sama yang dipasang pada Mazda3 iaitu SKYACTIV-G bersesaran 2.0 liter.

Mazda-CX-3-preview-mekanika (2)

Mampu menghasilkan kuasa  mencecah 146hp dan tork 192Nm, ia dipadankan dengan kotak gear SKYACTIV-Drive automatik enam kelajuan. Bagi meningkatkan lagi aspek penjimatan bahan api, sistem melahu i-Stop turut dipasang.

Melihat luarannya, Mazda CX-3 nyata menyerlah dengan bahasa rekaan KODO. Penampilannya disempurnakan lagi dengan gril lebar bersama kemasan berwarna krom, lampu utama jenis projector LED, sunroof dan lampu kabus belakang.

Mazda-CX-3-preview-mekanika (10)

Di bahagian kabin, rasa premium nyata terserlah menerusi rekaan, material yang digunakan serta ciri-ciri yang disediakan. Antaranya termasuklah sistem MZD Connect, skrin LCD bersaiz tujuh inci, Head Up Display (HUD), paddle shifter dan tempat duduk separa kulit.

Menyentuh tentang ciri keselamatan pula, Mazda CX-3 dilengkapi sistem brek ABS dengan EBD, BA, HLA dan enam beg udara.

Mazda-CX-3-preview-mekanika (1)

Selain Mazda CX-3, Bermaz Motor turut mempamerkan model-model lain seperti CX-5, Mazda6, Mazda2 dan MX-5 di sana.

Google ads
Back to top button