Buletin

FORD RANGER TERIMA PENARAFAN 5 BINTANG ASEAN NCAP

Ford Ranger baharu telah menerima penarafan tertinggi dalam segmen trak pikap apabila menerima 15.45/16 mata oleh Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika (1)

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Ford dan kami sangat berbangga dengan keputusan yang dicapai. Pengumuman pada hari ini sekali lagi membuktikan bahawa Ranger baharu memang benar-benar berpegang pada warisan ‘Built Ford Tough’ dengan tahap keselamatan luar biasa,” kata Presiden Ford ASEAN, Mark Kaufman.

Ford telah memanfaatkan keupayaan kejuruteraan global dan teknologi-teknologi keselamatan termajunya untuk menawarkan tahap perlindungan penumpang yang terbaik pada Ranger.

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika (5)

Model yang diuji dilengkapi dengan dua beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Emergency Brake Assist (EBA), Roll Over Mitigation (ROM) dan cagak tempat duduk kanak-kanak, ISOFIX.

Ranger turut dilengkapi satu palang pelindung impak dari arah sisi, kolum stereng yang boleh patah, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) serta Electronic Brake Force Distribution (EBD).

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika (6)

Di Malaysia, pakej keselamatan Ranger adalah yang terbaik dengan memiliki sehingga enam beg udara – tiga kali lebih banyak berbanding mana-mana trak pikap di pasaran.

Electronic Stability Control (ESC) Ford dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak juga hadir sebagai ciri standard. Ini menjadikan Ranger sebagai satu-satunya trak pikap yang menawarkan dua ciri keselamatan penting tersebut dalam semua variannya.

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika (2)

Bukan itu sahaja, semua varian Ranger di Malaysia juga memiliki ciri amaran tali pinggng keledar untuk pemandu dan penumpangnya.

Ford Ranger baharu dibina atas reputasinya selaku trak pikap yang paling berkemampuan, berkuasa dan pintar. Ia hadir bersama rangkaian teknologi bantuan pemandu yang membuatkan pemanduan semakin mudah.

Ford-Ranger-5-star-Asean-NCAP-mekanika (7)

Ini termasuklah Lane Keeping Alert dan Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Forward Alert serta Front and Rear Park Assist. Tidak terkecuali, beberapa teknologi pintar seperti termasuklah Hill Launch Assist, Hill Descent Control, Adaptive Load Control, Electronic Stability Control dan Emergency Brake Assistance.

Ford Ranger baharu diperkenalkan di pasaran ASEAN pada tahun 2015 dan dihasilkan di kilang kerjasama Ford AutoAlliance Thailand di Rayong, Thailand.

Google ads
Back to top button