Buletin

KIA SPORTAGE SERBA BAHARU

Kia Motors baru-baru ini mendedahkan imej luaran rasmi model Kia Sportage serba baharu.

Kia-Sportage-2016-mekanika (1)

Tampil dengan rekaan baharu yang lebih dinamik dan mantap, SUV itu akan melakukan debut global pada acara Frankfurt International Motor Show, 15 September depan.

Sudah memasuki generasi keempat, Kia Sportage mengambil inspirasi rekaan daripada jet pejuang. Perubahan ketara dapat dilihat pada bahagian hadapannya. Lampu utama tidak lagi disekalikan dengan gril.

Kia-Sportage-2016-mekanika (2)

Dari bahagian sisi pula, jentera ini mengekalkan garis siluet model terdahulu. Sekali gus memberikan Kia Sportage penampilan yang lebih dinamik dan maskular.

Pada bahagian belakang, rekaannya lebih lebar untuk penampilan yang stabil. Diinpirasikan daripada model konsep Kia Provo tahun 2013, lampu belakang yang nipis disertakan bersama satu garis berwarna krom. Manakala lampu isyarat membelok dan lampu undur dipisahkan untuk memberi visual yang lebih menarik.

Reka bentuk Sportage baharu diketuai oleh studio rekaan Eropah Kia di Frankfurt, Jerman dengan input daripada pusat rekaaan Kia di Namyang, Korea dan Irvine, California.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button