Buletin

AKSESORI PERCUMA UNTUK VIOS, ALTIS, INNOVA & ALPHARD

Bermula hari ini (1 September 2015), tiga lagi model Toyota akan ditawarkan dengan aksesori tambahan tanpa sebarang kos ektra.

Toyota-promo-august-2015-mekanika (6)

Toyota Corolla Altis, Toyota Innova dan Toyota Alphard akan menyertai Toyota Vios dan Toyota Hilux dalam kempen UMW Toyota Motor bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan.

Toyota-promo-august-2015-mekanika (4)

TOYOTA VIOS

Sistem infotaimen DVD-AVN (Audio-Visual-Navigasi) dengan kamera undur kini disediakan secara percuma kepada Vios 1.5E (sebelum ini pada model Vios 1.5 TRD dan 1.5G).

Untuk Vios 1.5J pula (MT dan AT), pelanggan akan menerima sistem hiburan DVD-AVX yang lebih canggih. Ia merangkumi skin sentuh bersaiz 6.1 inci yang turut memaparkan imej ketika mengundur, selain slot USB dan kad SD. Vios 1.5E and 1.5J juga akan dipasang dengan Toyota Premium Security & Solar Film secara percuma.

 Toyota-promo-august-2015-mekanika (1)

TOYOTA COROLLA ALTIS

Toyota Corolla Altis akan didatangkan dengan Aerokit dan sistem DVD-AVN secara percuma untuk ketiga-tiga varian.

Corolla Altis dikuasakan oleh enjin 2.0 atau 1.8 liter yang dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan. Antara ciri yang ada ialah butang penghidup enjin, upholsteri kulit (2.0V and 1.8G), lampu utama automatik dan banyak lagi.

 Toyota-promo-august-2015-mekanika (3)

TOYOTA INNOVA

Hadir dalam tiga varian yang dijana oleh enjin 2.0 liter petrol, MPV ini akan dipasang dengan sistem DVD-AVN. Varian Innova 2.0G ditawarkan dengan beberapa aksesori percuma seperti Toyota Premium & Security Film dan pam tayar mudah alih.

Toyota-promo-august-2015-mekanika (7) 

TOYOTA ALPHARD

Sehingga stok masih ada, UMW Toyota Motor menawarkan TRD Aerokit yang direka khas untuk Alphard secara percuma. Selain itu, monitor warna bersaiz 10.2 inci yang dipasang pada bumbung juga ada disediakan.

Semua Alphard yang dijual oleh UMW Toyota Motor hadir bersama sistem keselamatan  khas dan Toyota Premium & Security Film.

Toyota-promo-august-2015-mekanika (5)

Maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini, kunjungi mana-mana pengedar Toyota atau layari laman web: www.toyota.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button