Motosikal

SUZUKI MALAYSIA KEMBALI RANCAKKAN PASARAN NEGARA. LANCAR 6 MODEL BAHARU

Jenama Suzuki kembali merancakkan pasaran motosikal tempatan dengan pengenalan enam model baharu.

Pengeluar dari Jepun itu, kini mendapat sentuhan syarikat baharu Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Malaysia).

Suzuki Malaysia mengambil alih daripada Suzuki Assemblers Malaysia dan menjadi pihak eksklusif selaku pengimport tunggal, pengedar dan pemasang motosikal Suzuki, ATV, alat ganti dan aksesori di Malaysia.

Syarikat itu diterajui Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Ahmad Faez Yahaya dan diketuai Datuk Jeffrey Lim selaku Pengarah dan Pengurus Besar Suzuki Malaysia.

Enam model baharu yang diperkenalkan dalam mewarnai semula landskap motosikal tempatan adalah: –

GSX-R1000 dan GSX-R1000R

  • Motosikal terbaharu itu dijual pada harga bermula RM99,289 hingga RM110,289.
  • Ia ditawarkan warna pilihan biru/perak (Metallic Triton Blue Metallic Mystic Silver) khas untuk GSX-R1000R.
  • Kedua-dua varian didatangkan dengan warna hitam (Metallic Matte Black)
  • Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin 998.8 cc empat silinder penyejukan cecair.
  • Ia mampu menjana kuasa mencecah 197 PS @ 13,200 rpm, 117 Nm @ 10,800 rpm dipadankan transmisi enam kelajuan.

KATANA GSX-S1000S

  • Model ikonik itu ditawarkan pada harga bermula RM77,989.
  • Ia menawarkan dua warna pilihan iaitu perak (Metallic Mystic Silver) dan hitam (Glass Sparkle Black).
  • Jentera itu didatangkan sistem lampu LED penuh dan panel meter pelbagai fungsi dengan sistem serta teknologi tunggangan terkini.
  • Mendapat khidmat enjin 999 cc empat silinder penyejukan cecair.
  • Ia mampu menjana kuasa mencecah 147hp @ 10,000rpm dan tork 108Nm @ 9,500rpm dipadankan transmisi enam kelajuan.
  • Ciri-ciri lain termasuk Clutch Assist System (SCAS) dan kawalan cengkaman dengan tiga mod.

GSX-S750

  • Jentera menampilkan rekaan agresif itu ditawarkan pada harga bermula RM40,989.
  • Ia didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu biru/hitam (Metallic Triton Blue/Glass Sparkle Black dan kelabu/hitam (Metallic Oort Gray/Glass Sparkle Black).
  • Mendapat khidmat enjin 749cc empat silinder, penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api Suzuki (SFI) dengan SDTV.
  • Ia mampu menjana kuasa kuasa 113hp dan tork 81Nm dengan transmisi manual 6 kelajuan.
  • Selain itu, GSX-S750 dilengkapi Sistem Kawalan Traksi Termaju Suzuki (SATC) dengan tiga mod dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

V-STROM 650XT

  • Jentera versatil, diyakini, tahan lasak dan sesuai untuk tunggangan jalan biasa serta off-road ditawarkan pada harga RM37,989.
  • Warna pilihan merupakan merah/hitam (Candy Daring Red/Glass Sparkle Black) dan kuning (Champion Yellow).
  • V-Strom 650 XT yang memiliki berat 216 kg dilengkapi enjin 645 cc V-Twin penyejukan cecair dipadankan transmisi enam kelajuan.
  • Ia turut dilengkapi visor angin boleh laras sehingga tiga tahap, gabungan tachometer analog dan speedometer digital.
  • Selain itu, jentera berkenaan juga hadir dengan hand guard, perlindungan kowl bawah enjin  rim jejari dan tayar tiubles serta tangki minyak sebesar 20 liter.

SV650 

  • Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat motosikal menampilkan rekaan sporty ini.
  • Ia ditawarkan pada harga bermula RM37,289 dengan pilihan warna putih/hitam (Pearl Brilliant White / Glass Sparkle Black).
  • Dengan dibangunkan menggunakan frame trellis, ia lebih ringan malah mudah dikendalikan apabila memiliki berat 198 kg.
  • Jentera terbaharu itu mendapat khidmat enjin 645 cc V-Twin penyejukan cecair dipadankan transmisi enam kelajuan.

Semua model terbaharu itu boleh didapati di bilik pameran Suzuki Big Bike World dan Suzuki Station Plus seluruh negara. 

Ia didatangkan dengan waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km, mana satu tiba dulu.

GALERI:

Google ads
Back to top button