Motosikal

KIT AUTHENTIC YAMAHA – TUKAR PENAMPILAN JENTERA MODEN JADI LEBIH KLASIK 

Yamaha baru-baru ini memperkenalkan kit yang mampu menukar gaya model moden menjadi klasik.

Dihasilkan oleh divisyen aksori Yamaha, Y’s Gear, kit tersebut membuatkan jentera XSR900 tampil dengan gaya RZ250/RZ350. Model itu mendapat perhatian meluas sehinggakan Tamiya turut menghasilkan model dengan skim warna yang sama.

Antara komponen yang ditawarkan ialah fender hadapan, panel sisi di bawah tempat duduk, penutup tangki dan emasan krom pada lampu utama.

Hanya dijual di pasaran Jepun buat masa sekarang dan ditawarkan dalam jumlah terhad, bodykit itu hadir dalam warna putih bersama grafik berwarna merah. Ia nyata sangat popular dan habis dijual dalam masa yang singkat. 

Kini, Y’s Gear tampil pula dengan versi warna hitam dan emas yang kelihatan lebih menarik.

Kit asas yang memerlukan masa sekitar dua jam untuk dipasang boleh dibeli pada harga 145,800 Yen (RM5,400). Pastinya, untuk kelihatan seperti gambar ini, beberapa aksesori lain seperti tempat duduk, lampu isyarat membelok LED, sistem ekzos, suspensi Kayaba dan rim GaleSpeed perlu dipasang.

Kit Authentic MT-09 mengubah penampilannya menjadi model RD350. Berharga 124,185 Yen (RM4,585), ia terdiri daripada mudguard hadapan, penutup radiator, tangki minyak baharu, kemasan sisi pada bahagian belakang dan panel di bawah lampu utama.

Selain XSR900 dan MT-09, kit yang diberi nama Authentic itu juga melibatkan model MT-03 serta YZF-R3. Pada acara Tokyo Motor Show 2017, Yamaha ada mempamerkan model MT-10 dan SR400 yang dilengkapi kit sama.

Google ads
Back to top button