,
Buletin

PEMBEKAL TOYOTA KENA GAME RM155 JUTA

Toyota Boshoku Corporation, salah satu pembekal alat ganti utama Toyota dilapor telah ditipu menerusi satu e-mel scam yang mendakwa daripada anak syarikat di Eropah.

Penipuan itu menyebabkannya mengalami kerugian sekitar ¥ 4 bilion (RM155 juta). Toyota Boshoku yang memiliki operasi di seluruh dunia itu menghasilkan tempat duduk dan komponen dalaman kenderaan memberitahu insiden tersebut berlaku pada 14 Ogos lalu.  

Penjenayah dilapor berjaya menyakinkan seorang pegawai kewangan untuk menukar maklumat akaun berkaitan satu pemindahan dana elektronik.  

 “Kami berusaha keras untuk mendapatkan kembali wang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi. Boshoku dan anak syarikat telahpun membuat laporan polis serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Serangan siber yang dikenali sebagai kompromi emel perniagaan (BEC) itu dilihat semakin kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut laporan FBI, jenayah BEC menyebabkan komuniti perniagaan mengalami kerugian sebanyak AS$5.3 bilion (RM22.1 bilion) dalam tempoh enam tahun lalu.

FBI percaya 75 peratus perniagaan terdedah kepada sekurang-kurangnya satu cubaan BEC setahun.

Tags
Google ads
Back to top button