KERETA DIESEL VOLKSWAGEN – DULU TERBIAR, KINI LAKU MACAM GORENG PISANG PANAS
Selepas Volkswagen mengaku menipu data emisi kenderaan diesel keluarannya, pengeluar kenderaan dari Jerman itu terpaksa membeli semua kereta berkenaan.
Angka pembelian semula itu dilapor mencecah 380,000 unit dan sebelum ini terbiar di beberapa lot parkir luas di seluruh Amerika Syarikat. Kereta itu kemudian diubah suai untuk mengeluarkan emisi lebih rendah, tetapi masih menawarkan prestasi dan penjimatan terbaik.
Bukan itu sahaja, pengedar Volkswagen juga menawarkan kenderaan diesel Volkswagen dengan tawaran dan hadir bersama jaminan. Jaminan wajib yang ditetapkan oleh kerajaan itu menyatakan kereta hendaklah bebas daripada pembaikan emisi selama empat tahun atau jarak perbautan sejauh 77,000km.
Hasilnya, kenderaan terpakai itu kini dilaporkan sangat laku dalam kalangan pengguna dan menjadi komoditi menguntungkan. Pengedar kereta cukup bersemangat untuk mendapatkan kenderaan yang dilengkapi enjin TDI itu sebelum kehabisan.
“Kami menjual lebih banyak model TDI berbanding jumlah yang kami beli ketika proses pembelian semula sebelum ini,. Ada pelanggan yang sanggup datang dari Texas, Florida dan negeri-negeri sebelah barat. Kami tidak perlu iklan, mereka datang terus beli,” kata Pengurus Besar Vorderman Volkswagen in Fort Wayne, Indiana.
Pengedar biasanya membeli kereta tersebut menerusi acara lelongan, sebelum menjalankN proses menukar peranti emisi, bendalir dan alat ganti seperti brek, tayar, bateri serta penggilap cermin yang sudah rosak.
Hasilnya, mereka berjaya menjual 50 hingga 60 unit kereta diesel Volkswagen sebulan dan hampir 1,00 unit sejak pembelian semula. Permintaan yang tinggi itu didorong oleh penjimatan bahan api, tawaran dan kurangnya pilihan kereta diesel di pasaran.