Buletin

VOLKSWAGEN TIGUAN 1.4TSI, ADA KUASA ADA GAYA!

Hari raya Aidilfitri bakal menjelma beberapa minggu lagi dan sudah pasti ada yang merancang untuk pulang ke kampung.

Jika tidak ke kampung pun, cuti yang panjang boleh digunakan untuk ke luar kota seperti melancong dan sebagainya.

Apabila pulang ke kampung atau berjalan jauh satu cabaran yang dihadapi ialah kenderaan sesuai untuk membawa seisi keluarga. Maklumlah sebagai ketua keluarga kita mahukan keselesaan semampu boleh buat orang yang tersayang.

Disebabkan keperluan ini, ramai pengguna beralih kepada SUV yang begitu popular sekarang.

Satu kelebihan memiliki SUV ialah pakej lengkap untuk pelbagai kegunaan. SUV boleh memuatkan penumpang dengan selesa, ruang isian barang dan jarak penglihatan yang jauh.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Jika anda mahukan sebuah SUV secukup rasa seperti gaya, berjenama dan berkuasa, Tiguan daripada Volkswagen ini wajar dipertimbangkan.

Tiguan adalah sebuah SUV global yang bermakna ia dijual di banyak buah negara dari timur hingga ke barat dengan lebih lima juta unit sudah terjual. Jangan tak tahu, Tiguan merupakan model terlaris Volkswagen di Malasia. 

Tiguan tampil dengan reka bentuk moden dan tidak berlebihan. Menariknya di sebalik bonet terpasang sebuah enjin bersesaran 1.4L TSI.

Kecil jangan disangka tidak berkuasa kerana enjin 1.4L TSI itu cukup tangkas dengan tenaga 150PS dan daya kilas 250Nm dari 1,500rpm hingga 3,500rpm.

Ketangkasan enjin turbo tersebut dipadankan pula dengan transmisi klac berkembar DSG (jenis basah) enam kelajuan.

Enjin kecil bermakna cukai jalan juga kecil, cukai jalan yang perlu anda bayar untuk tempoh setahun cuma sekitar RM70 sahaja.

Dari segi kelengkapan pula, Tiguan mempunyai spesifikasi komprehensif luar dan dalam seperti lampu LED depan dan belakang, lampu pencahayaan siang (DRL), penggilap cermin automatik dan lampu selekoh.

Bahagian dalaman Tiguan pula terserlah gaya VW terkini yang moden dan tidak membosankan.

Tempat duduk pemandu rasa selesa dan berbeza dengan SUV segmen keluarga yang lain, tempat kerusi dan ruang penumpang belakang rasa seperti kereta penumpang. Tidak terlalu tinggi atau rendah.

Untuk pulang ke kampung sempena raya nanti atau memuatkan basikal jika anda mempunyai gaya hidup aktif, saiz ruang bagasi ialah 615 liter dan meningkat kepada 1,655 liter apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya.

Jika diikutkan banyak kelengkapan yang kami rasa cool dan lebih mudah untuk disenaraikan seperti di bawah:

  • Active Info Display – Paparan TFT beresolusi tinggi yang memaparkan grafik dua dan tiga dimensi serta pelbagai fungsi kenderaan. AID kini hadir dengan tiga skrin boleh ubah bersama lebih 30 pilihan kombinasi. Dial-dial juga boleh diubah suai untuk memaparkan pelbagai maklumat pemanduan.
  • KESSY (electronic locking and starting system) – Sistem kemasukan dan menghidupkan enjin bebas kunci
  • Park Assist – Teknologi parkir automatik, pemandu hanya kawal minyak dan brek dan kereta akan mengambil alih kawalan stereng
  • Kotak papan pemuka (glovebox) dengan penyejuk
  • Laci di bawah kerusi penumpang kiri
  • Sambungan sistem multimedia dengan telefon pintar dan aplikasi seperti Waze dan Spotify melalui fungsi App-Connect®
  • Aplikasi Waze boleh dipaparkan pada meter kelajuan dengan saiz penuh melalui paparan Active Info Display (AID)
  • Tiga zon penyaman udara untuk keselesaan pemandu dan penumpang belakang
  • Meja boleh lipat siap dengan pemegang cawan di belakang kerusi depan
  • Soket 12V pada konsol tengah, depan dan belakang tempat isian barang
  • Terbaharu, VPCM telah menaik taraf sistem AID yang lebih canggih serta lampu belakang LED sepenuhnya. Lengkap dengan grafik baharu, lampu LED ini menawarkan nyalaan cahaya lebih jelas, walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan.

Selain daripada ciri-ciri praktikal di atas, teknologi keselamatan VW Tiguan tidak kurang hebatnya.

Di antara kelengkapan dan teknologi yang dimuatkan ialah enam beg udara, cagak ISOFIX, ABS dengan EBD, Hill-hold control, ESC dan Manoeuvre Braking.

Tiguan turut dilengkapi teknologi keselamatan pintar seperti Rest Assist bagi memberi peringatan supaya pemandu berehat dan sangat berguna apabila pulang ke kampong.

Sementara ciri Automatic Post-Collision Braking System dapat membrek secara automatik selepas pelanggaran bagi mencegah atau mengelak daripada impak susulan.

Kepada yang berminat berapakah pula harga SUV Jerman ini? Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan dua varian iaitu Tiguan 1.4TSI Highline pada harga RM165,990 seunit, Tiguan 1.4TSI Join pada harga RM175, 990 manakala varian terbaharu Tiguan Sound & Style pula berharga RM174,990 seunit.

Sekarang, VPCM menawarkan promosi istimewa iaitu penjimatan sebanyak RM2,000 dengan bayaran bulanan bermula dari RM1,711 berserta baucar petrol RM1,000 untuk tempahan dan pendaftaran yang dibuat sebelum 30 Jun 2019.

Rasai dan alami sendiri VW Tiguan 1.4TSI di bilik pameran berdekatan anda. Maklumat lanjut di PAUTAN INI.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button