Buletin

CFMOTO PERKENALKAN ENAM JENTERA BAHARU DI BEIJING INTERNATIONAL MOTORCYCLE SHOW

Bersempena Beijing International Motorcycle Show, CFMoto mengambil peluang itu untuk memperkenalkan enam model baharu iaitu 1250TR-G, 800MT Explore Edition, XO Papio Trail, 450 SR S, 450NK, dan 450CL-C.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lebih terperinci didedahkan oleh CFMoto setakat ini.

2023 CFMoto 1250TR-G

CFMoto mendakwa model 1250TR-G mempunyai ciri mekanikal serba canggih, sistem kawalan elektronik dan CFMoto Ride (platform pintar yang komprehensif).

CFMoto 800MT Explore Edition

CFMoto mengumumkan motosikal itu awal tahun ini, tetapi hanya dipamerkan kepada awam pada Beijing International Motorcycle Show.

800MT Explore Edition dilengkapi sistem kawalan cengkaman ‘dwi’ yang dibangunkan bersama Bosch selain terdapat CFMoto Ride, skrin papan pemuka 8-inci, RDS, Michelin Aniken Adventure.

Untuk rekod, 800MT Explore Edition menampilkan enam mod tunggangan.  

CFMoto XO Papio Trail

Jentera seterusnya ialah XO Papio Trail, model dibangunkan untuk menjadi lebih berkebolehan di off-road.

Menariknya, model baharu ini direka untuk pemula serta penunggang wanita. Oleh itu, CFMoto telah menaikkan bar hendal sebanyak 43mm, pelindung lumpur hadapan 132mm serta menaikkan kedudukan ekzos.

Berbanding XO Papio standard, XO Papio Trail adalah evolusi jenama itu dan pastinya bakal menarik perhatian khusus apabila berada di pasaran kelak.

CFMoto 450SR S

CFMoto 450SR S kini menampilkan ciri baharu antaranya meningkatkan ciri keselamatan, teknologi termaju, ekzos direka bentuk termasuk cakera brek hadapan dinaikkan kepada 240mm.

CFMoto menyatakan bahawa CFMoto 450SR S memiliki sayap aerodinamik di bahagian hadapan motosikal ini.

CFMoto 450NK

Mirip 450SR, model 450NK juga didatangkan bersama ciri baharu, termasuk ciri standard yang terdiri daripada ABS depan dan belakang, kawalan cengkaman, fork hadapan 37mm, cakera hadapan 320mm serta tayar separa licin.

CFMoto 450CL-C

Bagi 450CL-C pula, motosikal rangkaian ‘klasik cruiser’ baharu untuk CFMoto tiba dalam dua versi – satu tempat duduk dan dua tempat duduk.

Versi tempat duduk tunggal adalah penggayaan ‘bobber’, manakala tempat duduk dua adalah gaya ‘cruiser’ yang lebih tradisional.

Setakat ini, masih belum jelas bila motosikal baharu itu akan tiba di pengedar tetapi sebelum itu berlaku, pastinya CFMoto bakal mendedahkan perincian setiap model lebih mendalam lagi.

Google ads
Back to top button