Buletin

KONVOI 27,000KM DARI MALAYSIA KE JERMAN UNTUK PERHIMPUNAN VOLKSWAGEN!

Continental Tyre Malaysia (CTM) telah menjalinkan kerjasama dengan penganjur tempatan untuk satu projek konvoi yang dikenali dengan #LIVETODRIVE. Perjalanan yang mengambil masa enam bulan ini akan bermula bulan ini dan berakhir pada Ogos nanti.

Perjalanan sejauh 27,000 kilometer ini merentasi 20 buah negara seperti China, Mongolia, Trans-Siberia highway, Eropah dan berakhir di daerah Hessisch Oldendorf, Jerman. Matlamatnya? Vintage Volkswagen Show, pameran kereta vintaj Volkswagen terbesar di dunia.

Antara tujuan lain perjalanan ini ialah merentasi negara dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Konvoi ini disertai lima orang krew yang berpengalaman lebih 10 tahun di sekitar Asia Tenggara. CTM menyokong aktiviti ini untuk pendedahan terhadap kualiti tayar buaran Continental merentasi pelbagai permukaan bumi.

“Kami teruja untuk menyokong projek #LIVETODRIVE, kerana ia bukan sahaja sebuah perjalanan, aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang dirancang juga sangat menarik,” ujar Mr Cameron Wilson, Pengarah Urusan CTM

BACA: LELAKI INI NAIK HONDA CUB DARI KOREA KE NURBURGRING

BACA: KONVOI KE THAI, PERCUTIAN YANG BERTUKAR TRAGEDI

 

Google ads
Back to top button