Artikel Pilihan

NISSAN PATROL DARI QATAR DENGAN ENJIN 6 SELINDER – 2,000 HP

Pernah tengok Nissan Patrol bernadikan enjin GT-R yang pernah muncul dalam rancangan The Grand Tour? Hebat? Gila? Jangan bimbang, ini ada lagi yang lebih dasyat. Ini ada lagi satu video Nissan Patrol dari sebuah syarikat penala yang dikatakan mampu menghasilkan 2,000 hp kuasa maksima dengan mudah.

Benar tuan-tuan, 2,000 kuasa kuda dengan mudah sahaja. Untuk rujukan, enjin Myvi 1.5 cuma boleh menghasilkan 102 hp kuasa maksima. Dengan kata lain ia hampir sama dengan kuasa 20 buah Myvi.

Rekod dan video ini dikatakan dirakamkan di Qatar, di mana kenderaan seperti ini merupakan pilihan ramai pelanggan di sana. Enjin enam selinder sebaris dengan turbo sebesar kepala Pak Amid itu juga digabungkan kotak gear sequential. Anda boleh lihat bagaimana tangan pemandu itu bergerak semasa membuat pecutan

Nissan Patrol berwarna oren terang itu telah membuat rekod pecutan maksima 333 km/j (bersamaan dengan 206.9 batu sejam). Malah ia memecut lancar tanpa sebarang masalah.

Yelah, kami ingatkan Nissan Patrol tidak mempunyai rekaan badan yang aerodinamik. Jika enjin seumpama ini digabungkan dengan casis yang sepadan nescaya ia akan mencipta rekod kelajuan baharu.

Dalam rakaman video yang ditunjukkan, SUV gergasi pacuan roda belakang itu mengelongsorkan tayar belakang sewaktu mula memecut pada gear satu tetapi bila masuk sahaja ke gear kedua, ia mula mendapat cengkaman yang diperlukan sebelum memecut laju di atas landasan terbang yang kosong dengan kelajuan yang mencabar logik akal.

Malah pemandunya juga kelihatan terkejut dengan kuasa yang dihamburkan oleh SUV ini. jelas kelihatan biji mata beliau yang hampir terkeluar dari kepala bila tukaran demi tukaran gear dilakukan. Setiap tukaran yang dilakukan kelihatan seolah-olah hentaman tukul besi besar pada dinding konkrit.

Ramai yang menjangkakan yang Nissan Patrol ini akan direndahkan sebelum cubaan mencipta rekod  dilakukan tetapi rupanya tidak. Malah lampu hadapannya telah dikeluarkan  dan digantikan dengan plindung yang lebih aerodinamik. Ciri-ciri lain yang ditambah ialah bahagian pintu yang mana akhirnya tercabut sewaktu kereta itu diuji.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button