
SYARIKAT TEKSI INDONESIA, BLUE BIRD RANCANG BELI EV BAHARU BYD – MANFAAT EV KOS RENDAH
Syarikat pengendalian teksi terbesar Indonesia, Blue Bird dilaporkan sedia membeli kenderaan elektrik baharu daripada BYD.
Langkah berkenaan dilakukan untuk memanfaatkan populariti EV kos rendah yang semakin meningkat di pasaran Indonesia.
Di Indonesia, sekitar 80 peratus daripada 500 EV BYD yang dijadualkan untuk penghantaran adalah model seperti BYD E6 dan BYD T3.

Presiden Blue Bird, Sigit Priawan Djokosoetono, menekankan kepentingan pertimbangan harga sebelum membeli kenderaan. Beliau menegaskan adalah sukar jika ia terlalu tinggi, justeru perlu menilai dengan teliti dalam segala aspek.
Selain BYD, Djokosoetono menyatakan bahawa Blue Bird turut merancang untuk membeli 50 EV daripada Hyundai Motor Co. dan sedang mempertimbangkan model elektrik BMW untuk memenuhi permintaan kereta sewa.
Walau bagaimanapun, kenderaan bahan api masih akan membentuk sebahagian besar armada Blue Bird. Menjelang akhir tahun ini, syarikat menganggarkan kenderaan bahan apinya terdiri daripada kira-kira 23,000 kenderaan.
Memandangkan pasaran Indonesia menerima peralihan ke arah pengangkutan hijau, keputusan strategik Blue Bird untuk mendapatkan sejumlah besar EV BYD, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat bagi mobiliti elektrik mampu milik.
- BACA: PENGELUAR EROPAH PILIH INDONESIA SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA PASARAN CHINA – KAYA BAHAN MENTAH BATERI EV
- BACA: CARSOME JALIN KERJASAMA DENGAN ELECTRUM INDONESIA – SOKONG INDONESIA SEBAGAI PENERAJU EV
- BACA: MENTERI INDUSTRI INDONESIA UMUM PEMBELI EV BAKAL NIKMATI SUBSIDI SEHINGGA RM22K!
- BACA: WULING AIR EV BOLEH TAHAN LAKU JUGA DI INDONESIA







