Buletin

PEMILIK MUIZ HOT CHICKEN TERLIBAT KEMALANGAN – HANYA SEMPAT MERASA GTR35 BAHARU SELAMA ENAM JAM

Pemilik Muiz Hot Chicken, Muizzudin Remle, baru-baru ini mengalami kemalangan selepas hanya sempat merasa kereta baharunya, GTR R35, selama enam jam.

Kemalangan tersebut berlaku ketika Muizzudin bersama isteri dalam perjalanan ke Muar daripada Kuantan.

 “Allah uji saya dengan satu ujian kecil. Saya sangat-sangat bersyukur, saya dan isteri tidak mengalami kecederaan teruk,” katanya melalui perkongsian video di Instagram.

“Saya tahu ini harta dunia yang sementara. Harta paling bernilai ialah nyawa serta isteri.”

Menerusi hantaran sama, Muizzudin menganggap ia merupakan hari istimewa baginya kerana usaha keras, dia berjaya memiliki kereta idaman.

“7 hari bulan 7 2023, tarikh yang bermakna bagi aku. Aku berjaya memiliki kereta idaman, GTR35.

“Tapi Allah pinjamkan sekejap je, malam tu on the way balik ke Muar, kami kemalangan.”

Di ruang komen, netizen turut bersimpati ke atas kemalangan menimpa Muizzudin dan isteri.

“Senyum je bro sebab bersyukur nyawa lebih penting. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen seorang pengguna Instagram.

“Kereta ada rezeki boleh buat semula atau tukar lain.”

Komen lain, “Yang penting owner selamat bang. Kita kalau hujan memang bawak slow 70/80 je bang, fikir jalan licin.”

Google ads
Back to top button