Artikel Pilihan

KOS SERVIS PROTON X50, LAGI MAHAL DARI BELA KUCING

Setakat yang kami tahu, lebih 20,000 tempahan telah diterima oleh pihak Proton terhadap model crossover terbaru mereka iaitu Proton X50. Jika tidak disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, kami menjangkakan lebih banyak tempahan yang diterima sehinggakan kilang perlu memecat jurujual yang menerima tempahan berlebihan.

Dalam artikel kali ini, seperti biasa Mekanika akan mengkaji kos penyelenggaraan model kereta terbaru yang dikeluarkan berdasarkan laman sesawang Proton. Kos ini adalah anggaran dan tidak termasuk lain-lain kos penyelenggaraan pencegahan.

1. Untuk 1000km yang pertama, pemilik hanya perlu menghantar X50 mereka untuk diperiksa sahaja. Tiada penukaran minyak dilakukan menjadikan kos 1000km pertama adalah percuma. Kami menjangkakan pihak Proton mula menggunakan minyak pelincir berkualiti sejak dari kilang lagi, bagus untuk mengurangkan pencemaran alam

2. Minyak pelincir akan ditukar setiap 10,000km sebanyak 5 liter, banyak jugak kan. Kos penukaran minyak enjin ialah RM 162.50 tapi kami tidak pasti gred minyak yang digunakan samaada semi sintetik atau sintetik penuh. Laman sesawang Proton tidak mendedahkan kelikatan minyak yang digunakan

3. Penapis minyak hitam berharga RM 50.25 juga perlu ditukar setiap kali servis dilakukan. Gasket penutup lubang minyak hitam (drain plug gasket) juga perlu ditukar dengan harga RM 3.88

4. Untuk 10,000km pertama juga, Proton mencadangkan bahawa penapis udara enjin perlu ditukar dengan kos RM 58.91 menjadikan kos keseluruhan servis 10,000km yang pertama ialah RM 275.54

5. Bagi servis ke 3 pada 20,000km, pemilik perlu menukar penapis bahan api (fuel filter) dengan harga RM57.07 dan penapis kabin N95 dengan harga RM69.00. Ini menjadikan kos servis pada 30,000km ialah RM342.70

6. Kos upah untuk mekanik akan dikenakan bermula pada 30,000km pada harga RM 78.00 dimana pada ketika ini hanya servis minor dilakukan menjadikan kos keseluruhan ialah RM 358.22

7. Servis major perlu dilakukan pada 40,000km dimana ketika ini 3 palam pencucuh perlu diganti dengan kos RM96.84 dan cecair brek akan ditukar dengan kos RM19.81. Jumlah yang perlu dibayar oleh pemilik ketika ini ialah RM459.35.

8. Cecair penyejuk enjin perlu ditukar pada 60,000km dengan kos RM135.45. Ketika ini kos upah mekanik akan meningkat kepada RM150.00 menjadikan kos keseluruhan servis ialah RM637.15

9. Minyak pelincir bagi unit transmisi DCT perlu ditukar pada 90,000km dengan kos RM 237.36 dan upah mekanik pula pada RM 120.00. Kos keseluruhan servis pada 90,000km ialah RM 640.10

10. Timing belt atau tali sawat pemasaan enjin perlu ditukar pada 110,000km dengan kos RM112.89. Upah mekanik untuk servis kali ini meningkat kepada RM 228.00 menjadikan kos servis kali ini ialah RM 825.27

11. Anggaran kos servis penyelenggaraan Proton X50 sehinggga 110,000km yang pertama atau 66 bulan ialah sekitar RM 5152.22. Namun kos ini tidak termasuk kos sampingan yang lain seperti imbangan tayar, penjajaran tayar, penyaman udara dan penggantian tayar yang bersaiz 17 atau 18 inci yang bukan murah

Jadi dengan paparan maklumat kos ini, agak-agak boleh beli dan bela Proton X50?

Google ads
Back to top button