Motosikal

KTM 890 ADVENTURE R RALLY EDISI TERHAD HABIS DITEMPAH. 48 JAM SETEL SEMUA

Pada Jumaat lalu, KTM mengumumkan kesemua 500 unit KTM 890 Adventure R Rally untuk pasaran global habis ditempah dalam tempoh 48 jam sahaja.

Berikutan itu, ramai penggemar motosikal ini patah hati kerana tidak berpeluang memiliki jentera terbabit.

Bagaimanapun, melalui pengalaman terdahulu, KTM mengumumkan ruang senarai menunggu bagi memberi peluang kepada peminat 890 tersebut jika terdapat pembatalan tempahan daripada para pelanggan.  

KTM 890 Adventure R Rally edisi terhad dibangunkan sebanyak 700 unit sahaja. Baki 200 lagi dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Motosikal ini didatangkan dengan enjin baharu 889cc yang mampu menjana kuasa 100 hp dan tork 100 Nm.

Ia turut memiliki berat di bawah 200 kg didatangkan bersama komponen spesifikasi perlumbaan diilhamkan dari pasukan Red Bull KTM Factory Racing Rally, suspensi WP XPLOR Pro, ekzos Akrapovic dan tempat duduk perlumbaan. – autoevolution

Google ads
Back to top button