BuletinMotosikal

KTM JALIN KERJASAMA DENGAN CFMOTO. KTM BUATAN CHINA HADIR TAHUN DEPAN

Sehingga saat Hafizh Syahrin ditempatkan dalam kem pasukan satelit KTM Red Bull tahun ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak ambil pusing pun dengan jenama dari Austria ini.

Malah ada yang tak pernah dengar pun dan ada yang ingat KTM tu jenama Keretapi Tanah Melayu. Sama kes macam motosikal Triumph, yang tak pernah dengar membayangkannya sebagai jenama pakaian dalam wanita.

KTM yang terkenal dengan penghasilan supermoto kini beroperasi di dua negara. Austria, tempat kelahirannya dan juga India, bersama rakan strategik mereka Bajaj Auto.

Kilang pengeluaran KTM di Austria menghasilkan model-model flagship berkapasiti tinggi sementara di India, mereka keluarkan model motosikal kecil yang menyasarkan pasaran Asia.

Baru-baru ini, KTM telah menjalinkan kerjasama baru dengan syarikat dari China CFMoto. CFmoto bukanlah jenama asing malah ini adalah antara jenama China yang sudah lama menembusi pasaran global seperti Amerika Syarikat.

Syarikat yang berpangkalan di Hangzhou China itu terkenal dengan model-model seperti CFMoto 150NK, CFMoto 250NK. Mereka turut hasilkan motosikal berkuasa tinggi seperti CFMoto 650 GT.

Menerusi kerjasama ini, KTM akan mengeluarkan motosikal di fasiliti pengeluaran CFMoto yang mampu menghasilkan sehingga 50,000 unit setahun dan boleh ditingkatkan menjadi 100,000 unit setahun.

Kedua belah pihak telah mula membangunakn kilang baru sejak Mac 2018 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun 2020. KTM buatan China dijangka berada di pasaran pada bulan September 2020.

Jadi, produk apa yang akan dihasilkan di China?

Dua model yang direncanakan iaitu KTM 790 Adventure dan juga KTM 790 Duke. Produksi bagi kedua-dua model ini adalah di Austria dan selepas dipindahkan ke China, kilang di Austria akan fokus untuk hasilkan produk KTM di kelas flagship seperti KTM 1290 Super Adventure, KTM 1290 Super Duke GT dan Super Duke R.

Google ads
Back to top button