BuletinMotosikal

KTM SUPER DUKE R DAN SUPER ADVENTURE S 1290 DILANCARKAN-RM115,000

Pemegang francais jenama KTM di Malaysia, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd hari ini melancarkan model tertinggi KTM dari kelas sport naked dan adventur. Model Super Duke R dan Super Adventur rangkaian 2017 ini menampilkan beberapa perubahan kosmetik dan mekanikal berbanding sebelumnya.

KTM SUPER DUKE R 1290 (RM118,000)

Dianggap Raja bagi kategori naked bike, KTM memang dikenali sebagai pengeluar naked bike dan model 1290 ini adalah flagshipbagi varian naked yang dikeluarkan oleh syarikat dari Austria ini.

Model 2017 lebih sofistikated dengan penambahan gajet moden seperti penunjuk TFT pelbagai fungsi dengan suis menu berlampu. Ia juga dilengkapi dengan kawalan cruise (cruise control).

Paling menonjol rekabentuknya datang dari rekaan lampu hadapan yang cukup luar biasa. Memang KTM suka membuat bentuk tajam bersegi dan penggunaan lampu LED bersama lampu nyalaan siang (DRL) menyerlahkan lagi penampilannya.

Enjin LC8 V-Twin kini menghasilkan kuasa sebanyak 177hp dan tork 141Nm angka tertinggi bagi kategori di pasaran.

SUPER ADVENTURE 1290 S (RM115,000)

Versi adventur KTM ini meneruskan kegemilangan 1290 tahun sebelumnya.

Kuasa enjin dipertingkatkan dengan 160hp dan 141Nm tork tetapi lebih rendah dari kuasa dari unit LC8 yang sama dipasangkan pada model Duke.

Sesuai dengan katekter sebuah motosikal kembara, model Adventure ini dilengkapi bar hendal lebih lebar dan tinggi, penghadang angin hadapan sert suspensi 48mm USD hadapn dan suspensi belakang yang boleh dilaras pada empat tahap.

Casis asal model 2016 telah diperbaharui dengan kawalan enjin multi-pemetaan, brek Brembo, peredam stereng, gabungan brek ABS bersama Motorcycle Stability Control, kawalan cengkaman yang sensitif dengan tebing, sistem pemanta tekanan tayar dan hill hold control.

 

GALERI KTM  SUPER DUKE R 1290

GALERI KTM SUPER ADVENTURE S

Google ads
Back to top button