Buletin

SESI KELAYAKAN MOTOGP JERMAN DIMONOPOLI JENTERA JEPUN!

Daripada senarai 10 petak grid teratas, MotoGP Jerman memperlihatkan kembalinya penguasaan jentera Jepun. Hanya dua buah pasukan bukan jentera Jepun yang tersenarai iaitu Ducati Jack Miller di petak ke lima dan KTM menerusi Pol Espargaro di petak ke lapan.

Petak pertama masih lagi dikuasai oleh pelumba favourite Marq Marquez Honda dan apa yang lebih menarik, meskipun Vinales – Yamaha Factory memenangi perlumbaan sebelum ini, bagi sesi kelayakan, tetap unggul pasukan satelit Petronas-SRT Fabio Quartataro yang mewakili petak kedua.

Petak ketiga dihuni Vinales sementara pencabar konsisten tahun ini dari Suzuki Ecstar Alex Rins berada di petak keempat.

Perlumbaan yang bakal berlangsung di LItar Sachsenring malam ini juga menyaksikan beberapa kedudukan luarbiasa misalnya Pol Espargaro dari KTM yang mengambil posisi petak ke lapan.

Pelumba Yamaha, Valentino Rossi, terpaksa berpuashati di posisi ke-11. Catatan waktu terbaiknya 1 minit 21.137.

Andrea Dovizioso, yang menjalani kualifikasi sejak Q1, gagal meneruskannya ke Q2. Di saat-saat terakhir, Takaaki Nakagami berjaya memintas posisi ke-10 dari pelumba Itali itu.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin berjaya memperbaiki kedudukan kualifikasi kali ini dengan posisi ke-18, satu tangga dari rakan sepasukannya Johann Zarco

Tags
Google ads
Back to top button