Artikel Pilihan

KURANG STAFF, JADUAL KERJA PADAT, TIADA GENBA- PUNCA SKANDAL PEMALSUAN DATA DAIHATSU

Berikutan pendedahan kesalahan prosedur ujian perlanggaran sisi yang dijalankan oleh Daihatsu ke atas model yang dibangunkan oleh Daihatsu dan dijual di luar negara, Daihatsu telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Third Party Comittee.

Apa yang hasil siasatan yang ditemui oleh Third Party Comittee terhadap Daihatsu Motor Corporation?

1. Jawatankuasa ni diketuai oleh Makoto Kiaimi (peguam di Otemachi Law Office), Hidetaka Nishina (peguam di Nakamura, Tsunoda & Matsumoto) dan Kanji Nakayama (pengarah Automobile Information Network Association – Engineering and Safety Department, Road Transport)

Semua ahli Third Party Comittee adalah pakar dalm bidang perundangan dan teknikal yang tiada kepentingan dalam Daihatsu serta Toyota dan hasil siasatan dilaporkan pada Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism

2. Selain dari kes penyelewengan data pada kemasan pintu pada bulan April 2023 (Yaris ATIV) dan ujian Side Poli Collision yang melibatkan Daihatsi Rocky HEV dan Toyota Raize HEV, ada lagi beberapa kes lain yang dijumpai oleh Third Party Comittee.

3. Semua kes ini boleh dikategorikan dalam 3 kelas utama. Antaranya ialah:

3.1 Mengubahsuai kenderaan ujian atau peralatan ujian kemalangan – melibatkan individu yang terlibat secara terus dalam ujian melibatkan 28 kes

3.2 Membuat penyataan palsu – di dalam laporan, atau semasa memohon persijilan, dengan membekalkan maklumat palsu hasil daripada laporan dalaman sebanyak 143 kes

3.3 Memanipulasi data– melibatkan individu yang bertindak memalsukan data ujian dalam laporan yang disediakan untuk kegunaan dalaman sebanyak 3 kes

4. Semua kes dalam kategori di atas merangkumi 174 kes data tak tepat dalam 25 prosedur ujian. Ketika pengumuman pertama dibuat pada bulan April 2023, antara model yang terlibat dalam kes di atas ialah Toyota Yaris ATIV, Perodua Axia, Toyota Agya dan satu model baru yang tidak dinamakan

Third Party Comittee mendapati semua pemalsuan data dibuat agar semua model dalam pembangunan ketika itu melepas semua ujian, memenuhi jadual pembangunan dan angka jualan yang disasarkan.

5. Kes ini ditemui pada 64 buah model kenderaan dan 3 buah enjin keluaran DMC. Daripada jumlah ini 22 model kereta dan 1 model enjin digunakan dan dijual sebagai Toyota. Jumlah ini termasuk kenderaan bawah jenama Daihatsu, dan dihasilkan untuk jenama lain seperti Toyota, Mazda dan Subaru

6. Bagi ujian Side Pole Collision Test yang melibatkan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky, adalah menjadi keperluan untuk menghantar laporan ujian dan menjalankan ujian pada sebelah pemandu dan penumpang. Dalam isu ini, hanya sebelah penumpang sahaja diuji bersama-sama saksi dan sebelah pemandu tidak diuji atas sebab kesuntukan masa

Disebabkan percaya tiada isu keselamatan yang timbul, individu yang bertugas memalsukan data ujian sebelah penumpang sebagai data ujian di sebelah pemandu agar kenderaan ujian melepasi dan mendapat persijilan

7. Antara kes-kes lain yang dijumpai oleh Third Party Comittee termasuklah:

7.1 mengubahsuai kenderaan ujian dan peralatan ujian – menggunakan ECU yang berlainan untuk mengawal beg udara dalam unit jualan dengan unit yang telah diuji untuk tujuan persijilan. Ketika laporan ujian dibuat, ECU sepatutnya menggunakan kaedah Self Ignition.

Namun ketika ujian dijalankan, ECU ini gagal disiapkan mengikut jadual projek dan ditukar kepada ECU Time Iginition. Kes ini melibatkan Daihatsu Move/Subaru Stella, Daihatsu Cast/Toyota Pixis Joy, Daihatsu Gran Max/Toyota Town Ace/Mazda Bong

7.2 Membuat Penyataan Palsu – memalsukan data ujian perlanggaran belakang bagi menguji prestasi perehat kepala. Di dalam ujian sebenar, hanya perehat kepala bahagian penumpang sahaja diuji.

Disebabkan kesuntukan masa, individu yang bertanggungjawab memalsukan data dari ujian perlanggaran sebelah penumpang dan menghantar data tersebut sebagai keputusan ujian sebelah pemandu yang tidak wujud. Kes ini melibatkan Daihatsu Cast dan Toyota Pixis Joy

7.3 Membuat Penyataan Palsu – bagi ujian perlanggaran dan perlindungan pejalan kaki dan kepala, ujian dibuat tanpa sengaja telah melepasi halaju maksimum yang ditetapkan. Disebabkan tidak mahu menjelaskan kepada badan pemerhati kenapa halaju melebihi parameter, maka laporan ujian yang dihantar menyatakan semua perlanggaran dibuat dalam halaju yang ditetapkan.

Biarpun dalam ujian tersebut Daihatsu Copen telah melepasi ujian dengan baik, laporan yang dihantar telah dipalsukan halaju sebenar ujian dan dinyatakan telah diuji mengikut halaju parameter yang lebih rendah oleh pihak pensijilan

7.4 Membuat Penyataan Palsu – bagi menguji meter kelajuan, semua ujian perlu dibuat dengan tekanan tayar adalah dalam julat +20kpa. Ini bermakna jika ujian dibuat pada 200kpa, ujian kedua perlu dibuat pada 220kpa bagi memastikan meter halaju memberi bacaan tepat.

Sebaliknya disebabkan masa terhad, individu terlibat tidak membuat ujian kedua dengan alasan penambahan 20kpa tidak menjejaskan prestasi bacaan sebenar meter. Sebaliknya mereka memalsukan data dan tidak menjalankan ujian kedua pada 220kpa dengan memberikan bacaan meter halaju yang sama dengan tekanan tayar 200kpa.

Model terlibat ialah Toyota Roomy, Daihatsu Thor, Subaru Justy, Subaru Sambar, dan Daihatsu Hijet Truck

7.5 Memanipulasi Data – menyediakan data ujian kemalangan dengan lebih awal dan menggantikan data ujian dengan data yang tidak wujud (dipalsukan) supaya apabila dilihat oleh saksi, data tersebut seolah – olah wujud secara asli. Kes ini melibatkan Daihatsu HiJet Truck pada tahun 1998

8. Third Party Comittee mendapati semua isu pemalsuan data di atas adalah berpunca (1) secara langsung dan (2) secara tidak langsung daripada Daihatsu. Punca secara langsung dan tidak langsung termasuklah:

8.1 tekanan kerja yang tinggi daripada jadual pembangunan projek yang terlalu ketat dan tidak boleh diubah. Semua jadual pembangunan projek dijalankan dengan andaian tiada masalah langsung berlaku.

8.2 Tiada pemerhatian langsung daripada Pengurus Projek semasa ujian dilaksanakan sebaliknya diperhatikan oleh Group Leader. Jika wujud sesuatu masalah dan dilaporkan kepada Pengurus, ia gagal diselesaikan oleh pengurus dan perlu diselesaikan oleh “on site representatives level”

8.3 keadan persekitaran kerja yang tidak telus dan kekurangan SOP untuk pemeriksaan balas laporan yang disediakan oleh individu yang betanggung jawab oleh pihak ketiga secara dalaman

8.4 kegagalan memahami peraturan, mengikuti SOP yang tidak jelas oleh petugas senior, kekurangan staff untuk tujuan pensijilan dan perundangan selain kekurangan latihan. Malah individu yang menjalankan ujian gagal memahami kepentingan tugas mereka kepada aspek keselamatan.

8.5 individu yang terlibat dengan isu pensijilan keselamatan gagal memahami tugas sehingga merasakan isu pemberian maklumat tidak tepat untuk tujuan pensijilan adalah perkara biasa dan menganggap semua SOP yang “diwarisi oleh senior” dan dilakukan selama ini adalah tepat dan menjadi amalan biasa

8.6 Kegagalan pihak pengurus dan eksekutif gagal memahami konsep genba, genchi dan genbutsu sehingga gagal memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pasukan pensijilan. Semua masalah mesti diselesaikan oleh individu di lapangan, bukannya oleh pengurus dan eksekutif

8.7 gagal memahami proses, prosedur dan permasalahan dalam isu pensijilan keselamatan kenderaan serta tiada prosedur untuk pemeriksaan balas terhadap data yang disediakan oleh safety performance department

8.8 Budaya kerja yang tidak sihat dalam organisasi Daihatsu, kelemahan komunikasi dalaman dan koordinasi antara eksekutif yang berasal dari jabatan lain, budaya menyalahkan orang lain apabila projek gagal dilaksanakan, kekurangan kakitangan menyebabkan semua staff terpaksa melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, dan budaya tidak peduli pada keadaan sekeliling asalkan kerja sendiri siap

9. Hasil siasatan ini menjurus kepada tindakan Daihatsu untuk menggantung penghantaran model Daihatsu di pasaran Jepun dan pasaran luar negara.

Daihatsu akan berunding dengan Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism dan pihak berkuasa negara terlibat dimana model Daihatsu dijual

9. Berikutan dengan isu ini, ibupejabat Daihatsu di Osaka menerima lawatan mengejut daripada Ministry of Land Infrastructure Transport & Tourism pada 21 Disember 2023

10. Saham Toyota jatuh dalam masa 18 bulan sebanyak 5.6% berikutan isu ini kepada 2,537.50 yen

11. Jawatankuasa juga menemui bukti penyelewengan rekod ujian keselamatan telah dikesan mulai tahun 1989. Third Party Comittee turut menemui bukti yang penyelewengan ini meningkat dengan ketara mulai tahun 2014.

12. Menurut laporan Reuters , Makoto Kiaimi dan panel secara bersama bersetuju yang Toyota tiada kaitan dengan isu ini, sebaliknya isi ini berkait rapat dengan Daihatsu cuba mencapai target yang diletakkan oleh mereka sendiri

Kami akhiri artikel ini dengan salah satu petikan laporan eksekutif terbitan Daihatsu ” As a result, the employees under the intense pressure of the short-term development ended up conducting the procedural irregularities, and the employees engaged in the procedural irregularities can be considered as victims of management and cannot be strongly condemned

Therefore, Daihatsu executives are the first to be blamed in This Case, not the on-site employees who committed the procedural irregularities.”

Google ads
Back to top button