Buletin

TOYOTA HILUX Z REVO ROCCO EDITION UNTUK JEPUN, RM155 RIBU

Toyota Hilux generasi kelapan dikeluarkan sejak 2015 dan Toyota masih bersemangat untuk meningkatkannya.

Sebagai contoh, Hilux GR Sport dengan badan lebar dan enjin lebih bertenaga diperkenal di Australia pada Januari 2023. Hilux itu berbeza dengan GR Sport pasaran lain seperti Asean.

Satu lagi perkara menarik, Hilux lama tidak dijual di Jepun atau lebih tepat 13 tahun sebelum diperkenal semula pada 2017.

Terbaru di Jepun, Toyota memperkenalkan edisi khas yang lebih rugged iaitu Hilux Z Revo ROCCO Edition dan tambahan kepada Hilux Z dan GR Sport.

Enjin masih sama, 2GD-FTV 2.4 liter diesel turbo dengan kotak gear automatik enam kelajuan 6 Super ECT dan sistem pacuan empat roda separuh masa.

Enjin itu menghasilkan 150 ps pada 3,400 rpm dan tork 400Nm dari 1,600 sehingga 2,000 rpm. Dari segi perkakasan, Hilux Z Revo ROCCO Edition mirip GR Sport namun mempunyai beberapa perbezaan.

Di antaranya, bingkai dan corak jeriji dengan pendakap bawah bampar warna perak, rim 18 inci baharu dan tayar dengan tulisan putih. 

Kedua-dua varian dipasang lampu dengan kelongsong dan pelindung cermin sisi hitam, pendakap lingkungan roda lebar dan lebih menyerlah pada Hilux Z Revo ROCCO Edition kerana diwarnakan hitam.

Satu lagi perbezaan ketara ialah palang dek belakang dan rekaan grafik yang terpampang logo ROCCO.

Masih lagi pada bahagian belakang, pintu dek dengan bantuan pembukaan mempunyai pendakap yang turut menjadi bingkai lampu brek ketiga dan memaparkan logo Hilux.

Bahagian dalam varian terbaru ini lebih bersahaja tanpa riasan merah seperti GR Sport. Toyota menawarkan tiga warna untuk Hilux Z Revo ROCCO Edition termasuk Oxide Bronze Metallic.

Berkenaan harga, Hilux Z Revo ROCCO Edition kini menjadi varian paling mahal dan ditawarkan pada 4,772,000 yen (RM155,141) berbanding 4,312,000 yen (RM140,193) untuk Hilux GR Sport.

Diperkenal pada Disember 2023, Hilux terbaru ini akan diedarkan di Jepun pada Mei 2024.

BACA: TOYOTA PRIUS MENANG JAPAN CAR OF THE 2023 – 2024, DELICA MINI RAIH DESIGN CAR OF THE YEAR!

BACA: TOYOTA SPORT CROSSOVER CONCEPT, EV DENGAN KERJASAMA BYD!

BACA: TOYOTA CAMRY XSE BAHARU UNTUK SIRI PERLUMBAAN NASCAR!

BACA: TOYOTA CAMRY 2025, 2.5L HIBRID SAHAJA, DIREKA DI AMERIKA SYARIKAT

BACA: TOYOTA CROWN SEDAN DILANCAR DI JEPUN, FCEV DAN HIBRID!

Google ads
Back to top button