BuletinMotosikal

LAGENDA HONDA CRF100L AFRICA TWIN KINI DI MALAYSIA – CUMA RM69K!

Honda CRF1000L Africa Twin Legenda Kembara Sport on/off-road Sebuah motosikal kembara yang membuatkan perjalanan jarak jauh lebih selesa dan mengasyikkan, dengan keupayaan beraksi off-road. 

Africa Twin baharu ini mampu menjana hampir 1.5 kali ganda kuasa berbanding model Africa Twin original, walau masih mengekalkan saiz dan perkadaran yang sama. Pembaharuan utama ke atas 998cc penyejukan cecair OHC 4 Lejang adalah sistem Pendikit Melalui Wayar (Throttle By Wire, TBW), yang menawarkan lebih pilihan kepada penunggang untuk mengawal kuasa enjin dan cengkaman roda belakang yang bersesuaian dengan pelbagai keadaan penunggangan.
 
Sistem tersebut dilengkap dengan 7 Tahap –dari Tahap 1 untuk penunggangan off-road agresif menggunakan tayar bercorak blok sehingga Tahap 7 untuk keselamatan yang lebih terjamin apabila menunggang atas jalan berturap yang basah dan licin.  
 
 
Di samping peningkatan kuasa, CRF1000L Africa Twin juga dilengkapi reka bentuk kotak udara dan bahagian dalam ekzos baharu untuk tindak balas julat pertengahan yang lebih responsif, aci keseimbangan yang lebih ringan, serta bateri lithium-ion baharu.
 
Kesemua ini secara keseluruhan mengurangkan berat jentera sebanyak 2.3kg di samping meningkatkan kelasakan motosikal. Selain itu, klac Assist/Slipper pula melicinkan lagi anjakan penurunan dan peningkatan. 
 
 
Pembaharuan lain termasuk jajaran lanjutan tetapan input Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam apa jua keadaan. 
 
Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) menawarkan penukaran gear yang lebih cepat dan licin dalam Transmisi Manual (MT) atau mod Automatik D. Mod D sesuai untuk penunggangan di bandar dan lebuhraya dengan keseimbangan ekonomi bahan api dan keselesaan yang terbaik manakala mod S menawarkan tiga pilihan corak penukaran gear yang lebih sporti.
 
Kelengkapan butang G membolehkan penunggang untuk mengubah kawalan sistem klac untuk pacuan lebih mantap dalam sebarang mod penunggangan. 
 
CRF1000L Africa Twin didatangkan dengan warna Grand Prix Red (Team HRC Rally colour) dan Pearl Glare White (Tricolor) untuk Adventure Sport. 
 
Berikut ialah senarai harga Africa Twin mengikut varian
 
CRF1000L Africa Twin
Standard RM 69,999 – SELEPAS GST 6% –  RM 74,198.94
DCT RM 75,999 – SELEPAS GST 6% – RM 80,558.84

CRF1000L Africa Twin Adventure Sports
Standard RM 72,999 – SELEPAS GST 6% –  RM 77,378.94

DCT RM 78,999 – SELEPAS GST 6% – RM 83,738.94
Google ads
Back to top button