Buletin

BOON SIEW HONDA LANCAR HONDA X-ADV. HARGA BERMULA RM57,999

Boon Siew Honda (BSH) secara rasmi melancarkan Honda X-ADV and CRF1000L Africa Twin, motorsikal berkuasa tinggi Honda yang telah lama dinantikan untuk diperkenalkan di Malaysia. Selain itu, BSH juga mengambil peluang untuk mempamerkan motorcycle Honda baharu Neo Sports Cafe – CB1000R di MAI Malaysia Autoshow 2018.


Pada pelancaran itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En Keiichi Yasuda berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai tinggi serta teknologi yang tinggi untuk setiap produk bagi merangsang semua pelanggan. Dan kami dapat melihat melalui pembukaan Honda BigWing, motorsikal berkuasa tinggi Honda akan menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia dari segi produk dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat baik.”

“Di Malaysia kami tidak hanya mengehadkan motorsikal berkuasa tinggi ‘sport’ dan ‘street’, tetapi juga kategori yang berlainan, contohnya ‘scooter’ dan ‘cross touring’ yang mempunyai permintaan dan permintaan untuk enjin yang berkuasa lebih tinggi adalah trend”

Honda X-ADV – Jentera ala crossover dengan keupayaan off-road

Direka dan dihasilkan oleh pasukan R&D Honda di Itali, X-ADV merupakan sebuah motosikal kembara gaya crossover inovatif yang menggabungkan kemudahan moden dengan prestasi lasak.

BACA: EICMA HONDA X-ADV PREBIU

X-ADV dilengkapi enjin efisien 745cc penyejukan cecair OHC 4 Lejang yang mampu menawarkan kuasa maksimum 40.3kW pada 6,250rpm dengan tork maksimum 68Nm pada 4,750rpm.

X-ADV juga didatangkan dengan Pilihan Pengawalan Tork Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) yang menawarkan 2 tahap pengawalan; Tahap 1 membolehkan aksi putaran roda belakang atas jalan berturap atau jalan kasar, manakala Tahap 2 menawarkan cengkaman yang padu biarpun atas permukaan licin.

Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) memilih nisbah gear yang lebih rendah untuk tindak balas yang bersemangat pada mod D; mode S pula memberikan 3 tahap kawalan corak peralihan untuk tunggangan sport yang lebih mengujakan. Suis G turut disediakan untuk model 2018 ini bagi meningkatkan prestasi off-road.

Selain itu, X-ADV juga dilengkapi ruang simpanan 21L di bawah tempat duduk, skrin boleh laras 5 hala untuk perlindungan angin dan cuaca, hendal aluminium tirus, penghadang hendal ala Africa Twin, paparan meter gaya rali serta sistem kunci pintar. Pelumpuh enjin turut dilengkapkan bersama mekanisme klac di suis utama yang mencegah penguncian hendal secara paksa. Tongkat tengah dengan pengesan kecondongan membolehkan X-ADV diletak secara condong tanpa bimbang ia akan jatuh.

Tempat duduk setinggi 820mm dan set hendal selebar 910mm memastikan posisi penunggangan yang tegak di mana sudut pandangan yang tinggi memberikan visibiliti serta kawalan yang lebih baik, kontur tempat duduk ergonomik pula memudahkan penunggang untuk mencapai permukaan jalan.

Ruang pergerakan suspensi hadapan dan belakang yang panjang menyerap kebanyakan hentakan jalan, ini dipadankan dengan roda lasak hadapan dan belakang 17-inci/15-inci serta tayar bercorak blok. Kaliper empat piston paut radial berkembar menawarkan prestasi pembrekan dengan kawalan ABS.

X-ADV didatangkan dalam 5 pilihan warna – Candy Chromosphere Red (warna baharu untuk 2018), Digital Silver Metallic, Matt Bullet Silver, Pearl Glare White dan Grand Prix Red.

Berikut ialah harga jualan rasmi di Malaysia

Standard Color RM 57,999 selepas GST 6% – RM 61,478.94

Special Color RM 59,999 Seepas GST 6% RM 63,598.94

 

Google ads
Back to top button