BuletinMotosikal

LAKARAN YAMAHA R25 DARI YOUNG MACHINE – MUNGKIN INI YANG KITA HARAPKAN

Ketika diperkenalkan beberapa tahun lepas, Yamaha R25/R3 mungkin antara sportbike asas yang paling menarik dalam kelasnya. Penggunaan enjin dua selinder, rekaan yang sporty dan agresif berjaya meletakkannya sebaris dalam rangkaian YZF siri R dalam keluarga Yamaha yang lain.

Namun setelah Honda memperkenalkan CBR250RR dan terbaru, Ninja 250R, jelas, R25 perlukan kemaskini yang baru untuk terus kekal bersaing dalam segmen ini.

BACA: SPEKULASI SPESIFIKASI YAMAHA R25

Majalah permotoran Jepun terkenal- Young Machine telah membuat lakaran awal tentang apa yang mereka fikirkan perlu dilakukan oleh Yamaha untuk model 2018 R25.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Mengambilkira R15 yang sudah semakin moden, tidak dapat tidak, peningkatan yang digambarkan oleh Young Machine ini lambat laun akan dilakukan juga oleh pihak Yamaha Motor.

Menerusi lakaran ini, mari kita lihat beberapa perubahan yang digambarkan;

  • Penggunaan lampu utama yang masih kekal. Namun walaupun rekaannya nampak sama, berkemungkinan besar Yamaha akan menggunakan lampu LED sepenuhnya
  • Sambungan fairing hadapan dan bawahnya memperlihatkan pengaruh R15 dan siri YZF-R yang lebih besar seeprti R6.
  • Rekaan pelanannya juga semakin kurus, kelihatan lebih sporty dan ini membawa kemungkinan baru penapis udaranya mungkin diposisikan di bahagian tangki bahanapi untuk pengudaraan yang lebih baik
  • Lampu isyarat membelok hadapan dan belakangnya berteknologi LED.
  • Bahagian “ekor” belakang juga semakin ramping. Kelihatan seperti ada corong udara untuk aerodinamik sepertimana YZF-R1 2015.
  • Tiada perubahan pada lengan ayun belakang dan juga kotak peredam bunyi. Yamaha mungkin merekabentuk semula ekzos untuk persediaan piawaian Eropah.
  • Suspensi hadapan jenis USD.
  • Brek hadapan dipasangkan dengan cakera lebih besar dan pengangkup dua omboh.

Tags
Google ads
Back to top button