Buletin

JENTERA IKONIK TRANSFORMERS: CAMARO, AVENTADOR, SLS AMG DAN MUSTANG UNTUK DIJUAL. PAKEJ RM8 JUTA TAPAU SEMUA

Pengedar kenderaan eksotik, Miami Curated sedang mencari pemilik baharu jentera-jentera ikonik francais filem Transformers.

Jentera-jentera berkenaan merupakan Chevrolet Camaro, Mercedes-Benz SLS AMG, Ford Mustang dan Lamborghini Aventador.

Keempat-empat kenderaan itu diperoleh daripada koleksi peribadi pengarah Michael Bay dan dijual sebagai pakej pada harga AS$2 juta (RM8.42 juta).

Chevrolet Camaro 2010 itu merupakan ‘bintang’ dalam francais Transformers: Dark of the Moon yang dibangunkan khusus General Motors untuk filem tersebut.

Ia yang pernah dipertontonkan pada New York International Auto Show 2010 dilengkapi cermin unik, splitter lebih besar dan hud khas serta wing belakang.

Dalam pada itu, Mercedes-Benz SLS AMG pula, mendapat sentuhan tersendiri ruang dalaman pernah dipandu Rosie Huntington dalam Transformers: Dark of the Moon.

Ford Mustang Barricade yang merupakan jentera polis digunakan dalam francais Transformers: The Last Knight mendapat sentuhan warna Deep Impact Blue dipadankan livery unik polis.

Jentera Lamborghini Aventador 2014 yang dibangunkan khusus untuk Michael Bay dengan sentuhan warna Grigio Titans pula pernah muncul dalam Transformers: Age of Extinction.

Ia memiliki perbatuan sejauh 3,200 km malah digit terakhir nombor pengenalan kenderaan (VIN) adalah 1963 yang merupakan tahun ‘kelahiran’ Lamborghini. – carscoops

Google ads
Back to top button