Artikel Pilihan

OLX AUTOS IMX 2022 – TANDA KEBANGKITAN BUDAYA MODIFIKASI DAN AFTERMARKET INDONESIA

Satu expo modifikasi kenderaan dan gaya hidup bakal dilangsungkan pada 1 dan 2 Oktober ini di JCC Senayan, Jakarta, Indonesia. Ia dinamakan OLX Autos Indonesia Modification & Lifestyle (IMX) 2022.

Expo yang berlangsung buat kali kelima ini membawa tema yang berbunyi ‘The Indonesian Kalcer’ bakal membawakan sesuatu yang berbeza berbanding sebelumnya.

Tidak dapat dinafikan expo seumpama ini semestinya akan menjadi penggalak kepada berkembangnya industri berasaskan automotif khususnya produk-produk aftermarket.

Hal itu diyakini oleh ketua IMI Pusat, Bambang Soesatyo yang menyaksikan potensi industri berkembang saban tahun.

Bukan itu sahaja, expo ini turut membawakan pertandingan Black Stone Live Modz Challenge 2022 yang merupakan pertandingan modifikasi kereta untuk para artis ternama Indonesia. Menarik ni. Tak pernah ada orang buat lagi di Malaysia ya pak.

Malah perkembangan kenderaan berkuasa elektrik yang muncul hari demi hari turut diberi perhatian oleh pihak penganjur bagi memastikan pemain-pemain dalam industri tidak leka dan mampu bersaing di masa akan datang.

Jadi tunggu apa lagi kalau kebetulan berkunjung ke Jakarta pada tarikh tersebut. Tiketnya pun tak mahal hanya Rp 75 ribu (bersamaan dengan RM22.80). Itu pun selepas diskaun. Harga tiket asal ialah Rp 100,000 ataupun bersamaan dengan RM30. Wow.

Google ads
Back to top button