Buletin

LAMBORGHINI RECALL AVENTADOR SVJ COUPE & ROADSTER. PINTU TAK BOLEH BUKA DARI DALAM

Pemandu dan penumpang Lamborghini Aventador SVJ Coupe dan Roadster dilapor berisiko terperangkap di dalam supercar itu.

Ini kerana pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Amerika Syarikat (NHTSA) mendapati supercar tersebut mengalami kerosakan kerana kabel pintunya dipasang oleh pekerja baru yang tidak berpengalaman.

Panggilan semula itu melibatkan 26 buah Aventador SVJ Coupe dan Roadster yang dihasilkan di antara 3 Disember 2019 hingga 22 Jnuari 2020. Sebanyak 40 peratus kereta didakwa mengalami masalah tersebut.

Apa yang berlaku sebenarnya? Pekerja baru itu didakwa tidak memasang pin kabel Bowden di dalam hendal pintu dalaman dengan betul. Kesilapan itu akan menyebabkan pintu tidak boleh dibuka dari dalam.

Jika ada kecemasan, risiko terperangkap di dalam kereta mungkin boleh membahayakan nyawa pemandu. Apatah lagi mereka tidak akan tahu bilakah alat ganti pada pintu itu akan rosak.

Tetapi, Lamborghini memberitahu pintu masih boleh dibuka menggunakan hendal dari luar yang melibatkan komponen berbeza.

Kerosakan tersebut dikesan semasa pemeriksaan kualiti dalaman awal tahun lalu. Lamborghini terus membuat siasatan dan akan menghubungi pemilik tidak lama lagi.  

Google ads
Back to top button