Motosikal

DUCATI SUPERLEGGERA V4 DAPAT LIVERY LAMBO AVENTADOR SVJ. SATU JE DALAM DUNIA

Ducati Superleggera V4 merupakan salah satu jentera paling diingini dalam barisan model jenama dari Itali tersebut.

Superbike istimewa menampikan sentuhan warna hitam/merah/ putih itu terhad kepada 500 unit sahaja dan sesiapa yang memiliki jentera berkenaan merupakan antara bertuah.

Bagaimanapun, pengedar Ducati di Newport Beach, California, Amerika Syarikat (AS) telah mendedahkan model rare Superleggera V4 melalui kerjasama dengan Lamborghini.

Superleggera V4 itu mendapat sentuhan livery Lamborghini Aventador SVJ berwarna biru/hitam.

Selain itu, ia turut dipadankan aksen berwarna kuning pada beberapa komponen seperti kaliper brek, rim, tayar dan tempat duduk.

Jentera one-off tersebut dipanggil Superleggera V4J, merujuk kepada nama Aventador SVJ di mana huruf J merujuk kepada Jota yang digunakan menandakan prestasi berpaksikan kepada litar.

Difahamkan, jentera Superleggera V4J terbabit merupakan milik seorang VIP. –rideapart

Google ads
Back to top button