Buletin

LARC-LX, 4X4 PALING BESAR DI DUNIA KINI TIBA DI DUBAI. TOP SPEED 32KM/J JER

Dubai memang terkenal kerana mempunyai kenderaan yang paling gila di dunia dan jentera ini menjadi salah satu buktinya.

Ini ialah LARC-LX dan merupakan 4×4 paling besar di dunia. Jentera dua alam (amphibious) itu pada asalnya digunakan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat untuk mengangkut kenderaan perang yang lain.

Antaranya termasuklah peralatan persiapan di pantai dan kargo dari kapal untuk bekalan tentera di pulau misalnya.

LARC-LX dikatakan mampu mengangkut kontena kapal sepanjang 40 kaki yang boleh diletakkan di atasnya menggunakan kren atau roller.

Disebabkan oleh saiznya yang sangat besar, ia menjadi satu-satunya jentera amphibious tentera Amerika yang berkeupayaan mendarat di pantai dari kapal.

LARC merupakan sebuah kenderaan kargo amphibious yang diperbuat daripada kepingan besi tebal. Ia boleh membawa muatan sehingga 100 tan atau 200 orang penumpang.

Kenderaan tersebut dikuasakan oleh enjin diesel GMC berkuasa 265hp yang membolehkannya mencatat kelajuan mencecah 32km/j di darat dan 12km/j di atas air. Dari segi dimensi, LARC sepanjang 18.8 meter, lebar 7.9m dan setinggi 5.8m.

Sebagaimana yang anda boleh lihat daripada foto-foto ini, gergasi besi itu dipandu di Dubai sebelum sampai ke destinasi akhirnya, Muzium Sejarah Offroad Dubai atau dikenali sebagai muzium Ranbow Sheikh.  

Google ads
Back to top button