
POLIS MILAN DAPAT 4 UNIT TURISMO VELOCE LUSSO SCS
MV Agusta menyerahkan empat unit motosikal Turismo Veloce Lusso SCS kepada Ibu Pejabat Polis Milan, Itali.
Motosikal tersebut mendapat sentuhan livery warna biru yang merupakan warna rasmi pasukan beruniform negara terbabit.
Keempat jentera baharu tersebut akan menjadi aset Unit Motosikal Nibbio polis Milan yang sudah memiliki dua unit Turismo Veloce dan dua unit Rivale 800.
Model tersebut mendapat khidmat enjin tiga silinder sebaris 798cc yang mampu menjana kuasa maksimum 110hp @ 10,150rpm dan tork 80Nm @ 7,100rpm.

Selain itu, jentera ikonik itu dilengkapi side panniers dengan keluasan ruang 60 liter berupaya menampung kit kecemasan dan mesingan digunakan para petugas.
Turismo Veloce 800 Lusso SCS menawarkan tangki bahan api berkapisiti 22 liter dengan jarak tunggangan autonomi sejauh 300 km.
Memiliki berat kering 199 kg, ia didatangkan bersama teknologi Sistem Klac Pintar (Smart Clutch System) memudahkan penunggangan.

Kerjasama MV Augusta dan Polis Milan adalah untuk memperkasa Unit Motosikal Nibbio dalam meningkatkan tahap keselamatan di seluruh kawasan Milan dengan penggunaan jentera yang mudah dikendalikan serta intervensi pantas. – agensi
- BACA: REMBAT MOTOSIKAL DELIVEROO. POLIS JEJAK SISTEM PENGESAN JUMPA PENCURI,SENJATA DAN DADAH!!!
- BACA: ANAK JATUH NAIK MOTOSIKAL CURI, MAK SALAHKAN POLIS PULA
- BACA: 41 KERETA, 3 JET SKI, ATV, MOTOSIKAL MILIK BEKAS KETUA POLIS MEXICO CITY KENA RAMPAS
- BACA: JUAL MOTOSIKAL CURI KEPADA PEMILIK ASAL, LELAKI DITANGKAP POLIS







