Buletin

SUZUKI MALAYSIA RAI MURID SK SG. JUDAH

Sempena bulan Ramadan, Suzuki Malaysia Automobile (SMA) membawakan senyuman ke wajah murid-murid dan para guru dari SK Sg. Judah apabila menjemput mereka ke majlis berbuka puasa di Laman Qaseh, Shah Alam. 

suzuki-malaysia-buka-puasa-mekanika (4)

Selain mengagihkan duit Raya kepada mereka, SMA juga memberi sumbangan kepada sekolah terbabit sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Selari dengan DNA Suzuki iaitu Way of Life!, kami komited untuk menjalankan aktiviti CSR jangka panjang dengan SK Sg. Judah. Kita berkumpul pada hari ini untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan pihak sekolah, kakitangan SMA dan media,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Hubungan SMA dengan SK Sg. Judah bermula pada Februari 2012 apabila ia menjadi sekolah angkat sebagai usaha memperkayakan pengalaman pembelajaran dalam kalangan murid-murid Orang Asli yang belajar di sana.

suzuki-malaysia-buka-puasa-mekanika (1)

Sejak itu, SMA telah menawarkan bantuan dari segi menaik taraf kemudahan IT, menyumbang TV LED untuk pembelajaran interaktif serta menganjurkan pelbagai acara termasuklah menjadi pengiring kepada pemain dalam AFF Suzuki Cup. Terbaharu, SMA menyumbang sebuah Suzuki APV bagi memudahkan urusan pengangkutan murid-murid.

SMA juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran laman webnya yang baru. Laman web baharu itu dilihat lebih mesra pengguna, selain memiliki lebih banyak fungsi.

Maklumat lanjut mengenai SMA, sila layari laman web: www.suzuki.net.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button