Buletin

134 KENDERAAN TERLIBAT KEMALANGAN, 1 MATI AKIBAT SALJI TEBAL

Sekurang-kurangnya 134 buah kenderaan terlibat dalam beberapa siri kemalangan di sebuah lebuh raya di Jepun susulan salji tebal yang melanda negara itu, pada Selasa.

Menurut laporan Reuters, kejadian yang berlaku sepanjang 1 kilometer di lebuh raya Tohoku, utara Miyagi itu telah menyebabkan satu kematian dan belasan tercedera.

Walaupun pihak berkuasa menetapkan had kelajuan 50km sejam ketika keadaan salji menebal, namun undang-undang itu terbukti tidak cukup bagi mengelak insiden tidak diingini itu.

Menurut agensi pengurusan bencana, seramai 200 orang terbabit dalam kemalangan berantai terbabit.

Sebanyak 12 mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sehingga Selasa, operasi menyelamat masih dijalankan pihak berkuasa.

Fenomena salji tebal luar jangkaan telah melanda beberapa lokasi di Jepun sejak beberapa minggu kebelakangan ini. – agensi

Google ads
Back to top button